Minuman yang paling di cari bulan puasa ni mestilah susu kurma. Tapi kalau nak beli hari-hari boleh tahan juga harga. Lebih baik buat sendiri lebih jimat. Boleh buat banyak dan minum hari-hari.
Jadi, ini resepinya.
Resepi Susu Kurma
Isi Kandungan
Ini adalah resepi yang mudah dan cepat untuk anda cubanya sekarang.
Bahan-Bahan
- 7-10 biji kurma (Anda boleh gunakan pelbagai jenis kurma yang ada dipasaran atau juga boleh dicampurkan bersama)
- 1 cawan air kosong
- 2 cawan susu segar ( Full cream atau low fat milk. Ikut pilihan anda)
Bahan Sampingan / Tambahan
- Madu
- Oat
- Kacang badam
- Gajus
- Kismis
- Potongan mangga
- Buah tin
- Pisang
- Serbuk Milo / koko / kopi / holicks / nestum
- Sebuk kayu manis
- Ketul ais
- Aiskrim vanila / coklat / strawberi
Cara Penyediaan
Cara untuk menyediakan susu kurma ini sangat mudah. Lihat cara-caranya seperti digambar.
Potong kurma dan buangkan bijinya.
Rendam buah kurma dengan air kosong semalaman. Jika ingin cepat, rendam dengan air masak selama 10-15 minit.
Masukkan kurma dan air rendaman ke dalam pengisar. Kemudian masukkan susu.
Kisar kurma sampai hancur.
Siap untuk dihidangkan. Masukkan bahan-bahan sampingan tadi atau terus minum begitu sahaja.
Mudah dan pantas bukan?
Minuman ini sangat baik diamalkan di bulan puasa kerana ia mampu membuatkan perut tahan lapar dalam tempoh waktu yang panjang. Anda boleh siapkan susu ini untuk di minum pada waktu sahur dan ketika berbuka puasa. Jadi, tidaklah nanti anda akan makan nasi atau juadah lain terlalu banyak. Secara tidak langsung, anda boleh berdiet dan menjaga tubuh badan sepanjang bulan puasa ini.
Selain daripada mampu menahan lapar, ia juga bagus kepada ibu yang menyusukan anak kerana ia bertindak sebagai penggalak untuk produktiviti pengeluaran susu ibu.
Selamat mencuba.
Sumber :
- Rai Illani
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.