Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Sebelum Kahwin, Semak Dahulu Status Perkahwinan & Rekod Jenayah Pasangan Anda Di E-Syariah!

1,372

Perkahwinan adalah satu impian bagi setiap pasangan dan pastinya ingin kekal bahagia hingga ke akhir hayat.

Setiap pasangan terutamanya wanita juga inginkan pasangannya dapat membimbing dalam bidang agama agar kehidupan lebih diberkati.

Bagi anda yang tidak ingin tertipu dengan pasangan masing-masing, anda boleh membuat semakan status perkahwinan dan rekod jenayah pasangan anda sebelum kahwin. Mengapa? Supaya anda tidak tertipu!

SYARAT UMUM DAFTAR E-SYARIAH?

Untuk menggunakan E-Syariah syarat umum yang diperlukan ialah:

  • Untuk menggunakan perkhidmatan ini, anda haruslah mendaftar sebagai ahli portal.
  • Perkhidmatan ini sedia digunapakai bagi Wilayah Persekutuan sahaja.
  • Sila baca dan fahamkan terma dan syarat – syarat yang terpakai terhadap akses ke Portal E-Syariah dan penggunaan perkhidmatan yang terkandung di dalamnya.

Baca juga: Nikah PKP 3.0, Ini SOP Untuk Bakal Pengantin Lelaki & Perempuan Perlu Tahu. Semak Dokumen Penting Yang Diperlukan Disini

DEFINISI KES JENAYAH SYARIAH & MAL

Kes Jenayah Syariah adalah seperti berikut:

  • Ditangkap berkhalwat
  • Berzina
  • Minum arak
  • Tak berpuasa
  • Berjudi
  • Mengajar tanpa tauliah
  • Pemujaan Salah
  • Tidak menunaikan solat Jumaat
  • Poligami tanpa kebenaran mahkamah
  • Menganiayai isteri/suami

Bagi kes MAL pula adalah seperti berikut:

  • Rebut penjagaan anak
  • Kes cerai
  • Pusaka
  • Nafkah Eddah
  • Tuntutan Hadhanah
  • Pengesahan Wasiat
  • Pengesahan Hibah

CARA SEMAK STATUS PERKAHWINAN & JENAYAH SYARIAH PASANGAN

Untuk membuat semakan status perkahwinan dan jenayah syariah pasngan sebelum berkahwin ialah:

Sebelum Kahwin, Semak Dahulu Status Perkahwinan & Rekod Jenayah Pasangan Anda Di E-Syariah!

  • Pilih MAL atau JENAYAH. Seterusnya letakkan nombor kad pengenalan pasangan anda.
  • Seterusnya klik CARI.

Sebelum Kahwin, Semak Dahulu Status Perkahwinan & Rekod Jenayah Pasangan Anda Di E-Syariah!

  • Status perkahwinan atau jenayah syariah pasangan anda akan dipaparkan.

Macam mana? Pasangan anda tiada sebarang rekod perkahwinan atau jenayah syariah? Alhamdulillah dan semoga perkahwinan anda diberkati Allah sehingga ke akhir hayat.

Baca juga: Daftar Anak Baru Lahir Di JPN, Buat JanJi Temu Kurang Dari 2 Bulan Kelahiran Untuk Pendaftaran

SUMBER

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...