Nak Balik Kampung? Ini Senarai RnR PLUS Sebelah Utara & Selatan Yang Dibuka

Dah siap-siap nak balik kampung ke tu selepas terima pengumuman daripada Perdana Menteri tiada lagi sekatan untuk melakukan pergerakan merentas negeri?

Bagi orang ramai yang ingin melakukan perjalanan merentas negeri dalam masa yang terdekat ini, boleh dapatkan maklumat mengenai R&R PLUS yang telah dibuka kepada orang ramai untuk aktiviti dine-in dan sebagainya.

Apakah senarai R&R PLUS yang telah dibuka? Dapatkan senarainya disini ya!

PERGERAKAN RENTAS NEGERI

Seperti sedia maklum, pergerakan rentas negeri sudah boleh dibuat mulai:

  • 11 Oktober 2021 

Ia adalah berdasarkan peratusan yang ditetapkan iaitu sebanyak 90% vaksinasi telah dicapai, dan rakyat Malaysia boleh melakukan pergerakan merentas negeri/negara seperti yang dijanjikan oleh pihak kerajaan.

Walaupun tiada sekatan khusus untuk menyekat rentas negeri, tetapi pihak polis masih boleh membuat pemeriksaan secara rawak di mana sahaja, mungkin sewaktu berada di kawasan Rehat dan Rawat (RnR).

Sekatan Jalan Raya (SJR) Op Benteng terus dilaksanakan dan pihak polis boleh membuat pemeriksaan terhadap MySejahtera walaupun tiada SJR khusus untuk tujuan rentas negeri.

Rujuk: Rentas Negeri Mulai 11 Oktober 2021. Tak Perlu Mohon Kebenaran Daripada PDRM

SENARAI R&R PLUS DIBUKA

Rakyat Malaysia yang telah lengkap vaksin dan melakukan pergerakan rentas negeri boleh berada di R&R PLUS yang terpilih mulai tarikh berikut:

8 Oktober 2021

  1. R&R Gurun (Arah Utara & Selatan)
  2. Hentian Sebelah Simpang Pulai (Arah Utara & Selatan)
  3. R&R Tapah (Arah Utara & Selatan)
  4. R&R Ulu Bernam (Arah Selatan)
  5. R&R Rawang (Arah Utara)
  6. OBR Sg. Buloh
  7. R&R Hentian Sebelah Sg.Buloh (Arah Selatan)
  8. R&R Dengkil (Arah Utara & Selatan)
  9. Hentian Sebelah Serdang (Arah Utara & Selatan)
  10. Hentian Sebelah Nilai (Arah Utara & Selatan)
  11. R&R Seremban (Arah Utara & Selatan)
  12. R&R Mambau (Arah Timur & Barat)
  13. OBR Ayer Keroh
  14. R&R Ayer Keroh (Arah Utara & Selatan)
  15. R&R Pagoh (Arah Utara & Selatan)
  16. R&R Machap (Arah Utara & Selatan)

11 Oktober 2021

  1. R&R Ajil (Arah Utara)
  2. R&R Paka (Arah Utara & Selatan)
  3. R&R Perasing (Arah Utara & Selatan)
  4. R&R Gelang Patah (Arah Utara & Selatan)

Nak Balik Kampung? Ini Senarai RnR PLUS Yang Dibuka Mulai 8 & 11 Oktober 2021

PANDUAN OPERASI R&R

Orang ramai diingatkan untuk mematuhi SOP yang ditetapkan oleh pihak PLUS sebelum masuk ke R&R adalah seperti berikut:

  • Wajib memakai topeng muka.
  • Memastikan suhu badan tidak melebihi 37.5c.
  • Membuat imbasan Kod QR MySejahtera atau tulis maklumat secara manual pada buku yang disediakan.
  • Cuci tangan menggunakan hand sanitizer
  • Tunjukkan profil MySejahtera anda dan dapatkan pelekat berwarna Hijau dari gerai makanan untuk dine-in.

 

Seterusnya anda semua diminta untuk alert dengan panduan operasi R&R dan Hentian Sebelah Lebuhraya PLUS dengan merujuk gambar dibawah:

Nak Balik Kampung? Ini Senarai RnR PLUS Yang Dibuka Mulai 8 & 11 Oktober 2021

PRA-PESANAN R&R PLUS

Walaupun dibenarkan untuk dine-in, pihak PLUS menggalakkan anda semua untuk MEMBUNGKUS makanan atau minuman dengan menggunakan aplikasi PRA-PESANAN yang disediakan oleh PLUS.

Dapatkan cara untuk menggunakan aplikasi Pra-Pesanan langkah demi langkah seperti berikut:

  • Muat turun aplikasi PLUS (Android/iOS)
  • Klik pada bahagian Pre-Order
  • Kemudian pilih Lokasi & Menu
  • Klik Hantar Pesanan anda.
  • Tunggu sebentar sehingga pesanan anda siap.
  • Ambil pesanan anda dan selamat menikmati juadah anda.

Nak Balik Kampung? Ini Senarai RnR PLUS Yang Dibuka Mulai 8 & 11 Oktober 2021

Atau anda boleh sahaja membuat Pra-Pesanan melalui pautan berikut:

Nak Balik Kampung? Ini Senarai RnR PLUS Yang Dibuka Mulai 8 & 11 Oktober 2021

Baca juga: Cara Cetak Sijil Vaksin MySejahtera Untuk Perjalanan Rentas Negeri & Ke Luar Negara

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Ingin dapatkan info selanjutnya mengenai senarai R&R PLUS yang dibuka, SOP di R&R PLUS dan cara gunakan aplikasi Pra-Pesanan? Ajukan pertanyaan anda di:

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.