Cara Mohon Skim Air Darul Ehsan. Ini Cara Dapatkan Air Percuma Negeri Selangor

Tahukah anda bahawa rakyat negeri Selangor boleh mendapatkan air percuma melalui skim air percuma sebanyak 20 meter padu secara automatik sehingga 31 Diember 2021?

Oleh itu, pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menyeru orang ramai memohon Skim Air Darul Ehsan jika belum berbuat demikian.

Agensi berkata pendaftaran untuk skim air percuma sebanyak 20 meter padu itu masih terbuka kepada penduduk negeri ini yang layak.

Dapatkan cara membuat permohonan Skim Air Darul Ehsan melalui artikel yang dikongsikan ini.

INFO RINGKAS SKIM AIR DARUL EHSAN

Skim Air Darul Ehsan merupakan program penjajaran semula pemberian air percuma kepada kumpulan sasar di negeri ini untuk golongan pendapatan bulanan isi rumah RM4,000 ke bawah.

Sesi pendaftaran skim ini bermula pada 30 September 2019 sehingga 31 Disember 2019 dan ia dilaksanakan pada 1 Mac tahun lalu.

OBJEKTIF PELAKSANAAN SKIM AIR DARUL EHSAN

Objektif pelaksanaan Skim Air Darul Ehsan adalah bertujuan untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat Negeri Selangor khususnya kepada golongan berpendapatab rendah.

Dewan Negeri Selangor pada 23 November 2018 telah meluluskan supaya penjajaran semula Program Pemberian Air Percuma dilaksanakan bagi mencapai matlamat sebenar Inisiatif Peduli Rakyat Kerajaan Negeri dengan menyasarkan bantuan kepada kumpulan sasar iaitu golongan yang benar-benar memerlukan dan layak.

TARIKH PERMOHONAN BARU & RAYUAN

Tarikh bagi permohonan baru dan rayuan Skim Air Darul Ehsan telah dibuka semula pada:

  • 1 April 2020 sehingga Jun 2021

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN SKIM AIR DARUL EHSAN

Antara syarat kelayakan permohonan Skim Air Darul Ehsan adalah:

  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia dan menetap di Negeri Sleangor.
  • Pendapatan bulanan isi rumah adalah RM4,000 ke bawah (suami dan isteri termasuk pendapatan pasangan bukan warganegara, tiada pasangan atau bujang).
  • Premis kediaman adalah meter individu.
  • Pemohon hanya layak memohon untuk satu akaun/premis sahaja.
Nota: Pengguna akaun meter pukal dalam kategori pangsapuri kos rendah akan terus menerima 20 meter padu air percuma dibawah Skim Air Darul Ehsan secara automatik sehingga 31 Disember 2021 mengikut kaedah sedia ada melibatkan JMB/MC serta Lembaga Perumahan Hartanah Selangor (LPHS)

CARA MOHON SKIM AIR DARUL EHSAN

Sekiranya didapati anda memenuhi kelayakan yang ditetapkan, anda boleh terus membuat permohonan melalui:

Cara Mohon Skim Air Darul Ehsan. Ini Cara Dapatkan Air Percuma Negeri Selangor

  • Isikan maklumat yang diperlukan dan klik DAFTAR.
  • Seterusnya buat permohonan Skim Air Darul Ehsan dengan mengisi maklumat yang diperlukan dengan betul dan tepat.
  • Klik HANTAR untuk menghantar permohonan anda.

SEMAKAN PERMOHONAN

Anda juga boleh membuat semakan permohonan seperti berikut:

Cara Mohon Skim Air Darul Ehsan. Ini Cara Dapatkan Air Percuma Negeri Selangor

  • Masukkan NOMBOR KAD PENGENALAN, NO AKAUN AIR SELANGOR dan klik SEMAK.

Baca juga: TUNAS: RM50 Sebulan. Daftar Skim Bantuan Yuran Tadika Sekarang

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai Skim Air Darul Ehsan, sila hubungi Seksyen Makro & Penswastaan, UPEN & Air Selangor di saluran berikut:

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.