Skim Bantuan Makanan Kecemasan Zakat Pulau Pinang Fasa 1 Total Lockdown 3.0. Mohon Segera
Zakat Pulau Pinang, Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang telah mengumumkan mengenai Skim Bantuan Makanan Kecemasan yang diperkenalkan untuk membantu mereka yang terputus bekalan makanan bagi sepanjang tempoh PKP 3.0 atau total lockdown yang bermula 1 Jun hingga 14 Jun 2021.
Permohonan Skim Bantuan Makanan Kecemasan ini harus dikemukakan secara atas talian kepada Zakat Pulau Pinang dengan segera sekiranya anda benar-benar memerlukan makanan bagi sepanjang tempoh ini.
Dapatkan cara membuat permohonan Skim Bantuan Makanan Kecemasan Zakat Pulau Pinang seperti yang dikongsikan ini.
Baca juga: Perlis Agih Bantuan Asas Bernilai RM50 Tiga Hari Sekali Kepada Mereka Yang Layak Sepanjang PKP 3.0
OBJEKTIF SKIM BANTUAN MAKANAN KECEMASAN ZAKAT PULAU PINANG, MAINPP
Isi Kandungan
Objektif Skim Bantuan Makanan Kecemasan Zakat Pulau Pinang ini dperkenalkan adalah untuk:
- Bertujuan untuk membantu golongan asnaf Fakir dan Miskin yang memerlukan bantuan segera dari sudut bantun makanan dan keperluan asas.
KELAYAKAN PERMOHONAN
Kelayakan dan syarat permohonan untuk Skim Bantuan Makanan Kecemasan Zakat Pulau Pinang adalah seperti berikut:
- Beragama Islam
- Bermaustatin di Pulau Pinang sekurang-kurangnya 3 bulan
- Kategori Asnaf dan Miskin
- Tiada pendapatan atau berpendapatan tidak melebihi Had Al-Kifayah
- Pendapatan yang melebihi Had Al Kifayah boleh dipertimbangkan sekiranya pendapatan terjejas sepanjang tempoh PKP 3.0.
CARA MEMBUAT PERMOHONAN
Permohonan adalah secara online seperti berikut:
- Klik pautan: https://zakatpenang2u.com/bantuankhas
- Klik pada SKIM BANTUAN MAKANAN KECEMASAN
- Isikan maklumat yang diperlukan dan klik HANTAR untuk menghantar permohonan anda.
- Permohonan mestilah dibuat atas nama ketua keluarga sahaja.
- Proses kelulusan permohonan dan penghantaran bantuan akan dilaksanakan oleh Team Peduli Asnaf Zakat Pulau Pinang.
SENARAI KETUA KELUARGA
Berikut adalah senarai ketua keluarga yang boleh membuat permohonan Skim Bantuan Makanan Kecemasan Zakat Pulau Pinang untuk rujukan anda:
STATUS PERKAHWINAN | KETUA KELUARGA |
Berkahwin | Suami |
Bercerai hidup/mati | Ibu tunggal |
Seuami bermasalah | Isteri |
DOKUMEN SOKONGAN
Dokumen sokongan yang diperlukan ketika membuat permohonan adalah:
- Salinan kad pegenalan pemohon dan pasangan (jika ada).
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Sebarang pertanyaan sila hubungi Team Peduli Asnaf Zakat Pulau Pinang di talian:
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.