Tak Ada Gaji Tetap Pun Boleh Miliki Rumah Sendiri Melalui Skim Jaminan Kredit Perumahan (SKJP)

Kalau anda bekerja dan tidak bergaji tetap pun dah boleh miliki rumah sendiri seperti mana orang lain!

Ianya tidak mustahil kerana anda boleh membuat permohonan untuk memiliki rumah sendiri melalui Skim Jaminan Kredit Perumahan (SKJP).

Apakah kriteria kelayakan yang ditetapkan untuk memiliki rumah sendiri walaupun tidak mempunyai gaji yang tetap?

INFO RINGKAS SKIM JAMINAN KREDIT PERUMAHAN (SKJP)

SKJP ditubuhkan selepas melihat keperluan untuk membantu orang ramai yang tidak mempunyai pendapatan tetap yang mahu membeli rumah tetapi tiada dokumen atau bukti pendapatan seperti penyata gaji.

Ini kerana pihak yang menyaluran bantuan kewangan memerlukan bukti pendapatan untuk memudahkan proses pinjaman.

Tetapi, SKJP tidak mengeluarkan sebarang pinjaman perumahan. Sebaliknya SKJP menjamin bank yang mengeluarkan pinjaman kepada pemohon sahaja.

SYARAT KRITERIA KELAYAKAN

Syarat utama kelayakan untuk permohonan Skim Jaminan Kredit Perumahan (SKJP) ialah:

  • Warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas
  • Berpendapatan tidak tetap seperti peniaga kecil, petani, pemandu teksi, nelayan dll atau berpendapatan tetap (tertakluk kepada RM700.0 juta yang pertama sahaja). Pinjaman bersama dibenarkan.
  • Pembelian kali pertama rumah kediaman kos rendah / sederhana / mampu milik dan untuk didiami.
  • Pembelian rumah kediaman baru/didalam pembinaan atau sedia ada atau lelongan.
  • Pendapatan purata kasar minima RM1,000 sebulan.
  • Pembayaran bulanan kesemua pinjaman < 65% daripada pendapatan kasar.
  • Rekod tunggakan CCRIS < 2 bulan bagi tempoh 12 bulan terkini. Semak disini.
  • Tiada rekod-rekod negatif lain bagi tempoh 24 bulan terkini.

CARA MOHON

Untuk makluman, permohoan mestilah dibuat di mana-mana cawangan institusi-institusi kewangan yang turut serta dalam skim ini dan bukan secara terus ke pejabat SJKP.

Kemudian,

  • Mengenalpasti rumah yang ingin dibeli dan mendapatkan dokumen berkaitan seperti draf perjanjian jual beli/resit bayaran tempahan.
  • Menyediakan dokumen sokongan sumber pendapatan seperti penyata akaun simpanan, Lesen Perniagaan, Kad Pendaftaran Nelayan atau lain-lain dokumen sokongan aktiviti jual beli
  • Dapatkan surat pengesahan pendapatan daripada individu yang dibenarkan (Pegawai Kerajaan Kategori A, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Penghulu atau wakil yang terpilih). Surat itu hendaklah menyatakan nama, nombor kad pengenalan, sumber pendapatan, purata pendapatan bulanan, tempat perniagaan dan tempoh berniaga. Sila dapatkan dua surat berasingan sekiranya kedua-dua suami dan isteri mempunyai sumber pendapatan berasingan. Untuk kakitangan bergaji, sila bawakan penyata gaji dan penyata EPF.
  • Sila bawa semua dokumen yang dinyatakan dan mohonlah pembiayaan perumahan dimana-mana cawangan institusi-institusi kewangan yang terdekat yang menyertai skim jaminan ini.

INSTITUSI KEWANGAN TERLIBAT

Institusi kewangan terlibat dengan Skim Jaminan Kredit Perumahan (SKJP)

  • Affin Bank, Affin Islamic
  • Agro Bank
  • Alliance Bank, Alliance Islamic Bank
  • AmBank Group, AmIslamic Bank
  • Bank Muamalat
  • Bank Islam
  • BSN
  • Bank Rakyat
  • Hong Leong Bank
  • Hong Leong Islamic Bank
  • Maybank, Maybank Islamic

Orang ramai yang ingin mendapatkan rumah sendiri boleh membuat permohonan melalui pautan yang dikongsikan ini:

Tak Ada Gaji Tetap Pun Boleh Miliki Rumah Sendiri Melalui Skim Jaminan Kredit Perumahan (SKJP)

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai Skim Jaminan Kredit Perumahan (SKJP), sila dapatkan di:

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.