Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Terengganu menawarkan Skim Pembiayaan Khas Bazar Ramadan (SPBAR) khas buat ahli Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Terengganu yang berdaftar.
Pinjaman ini disediakan kepada penjaja dan peniaga kecil untuk memudahkan mereka menggunakannya sebagai modal untuk berniaga sepanjang bulan Ramadan di Bazar Ramadan.
Permohonan adalah secara online dan melalui laman web yang disediakan.
INFO RINGKAS SKIM PEMBIAYAAN KHAS BAZAR RAMADAN (SPBAR)
Isi Kandungan
Skim ini telah diperkenalkan pada tahun 2019 dengan peruntukan sebanyak RM160,500 disalurkan kepada 141 ahli persatuan pada tahun tersebut, namun ia dihentikan pada 2020 kerana tiada penganjuran bazar Ramadan berikutan pandemik COVID-19.
JUMLAH BAYARAN SKIM PEMBIAYAAN KHAS BAZAR RAMADAN (SPBAR)
Jumlah bayaran Skim Pembiayaan Khas Bazar Ramadan (SPBAR) ialah:
- RM1,000 hingga RM3,000
SYARAT KELAYAKAN SKIM PEMBIAYAAN KHAS BAZAR RAMADAN (SPBAR)
Syarat yang dikenakan untuk pembiayaan adalah:
- Perlu dibayar semula kepada Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) sebelum 31 Syawal.
CARA MOHON SKIM PEMBIAYAAN KHAS BAZAR RAMADAN (SPBAR)
Untuk membuat permohonan Skim Pembiayaan Khas Bazar Ramadan (SPBAR), anda hanya perlu:
- Menghubungi Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU)
- Menghubungi Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu
Anda perlu menghubungi Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) atau Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Terengganu untuk mendapatkan cara memohon Skim Pembiayaan Khas Bazar Ramadan (SPBAR) dengan lebih legkap.
Baca juga: Cara Mohon Aspirasi Capital For Boost Secara Online 3 Minit Sahaja! Pembiayaan Sehingga RM20,000.
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Dapatkan maklumat lanjut mengenai Skim Pembiayaan Khas Bazar Ramadan (SPBAR) di:
- Laman rasmi Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU)
- 09-624 2424
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.