Mohon Jawatan Pembantu Hidupan Liar G19 Di SPA? Ini Contoh Soalan Interview & Buat Ulangkaji Lebih Awal

Mungkin ramai yang mohon jawatan sebagai Pembantu Hidupan Liar Gred G19 di Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) melalui SPA.

Anda boleh mendapatkan contoh-contoh soalan interview seperti yang dikongsikan disini seterusnya boleh membuat ulangkaji berdasarkan contoh soalan ini.

Jadi, dapatkan soalan-soalan interview ini dan dapatkan jawapannya dan buat persediaan dengan baik sebelum anda menghadapi interview anda nanti sama ada secara online atau bersemuka.

INFO RINGKAS JAWATAN PEMBANTU HIDUPAN LIAR GRED G19

Jawatan Pembantu Hidupan Liar Gred G19 ini berada dalam klasifikasi perkhidmatan Pertanian dan berada dalam kumpulan perkhidmatan pelaksana.

Antara jabatan yang menawarkan jawatan ini adalah:

  • Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN)

DESKRIPSI TUGAS PEMBANTU HIDUPAN LIAR GRED G19

Deskripsi tugas Pembantu Hidupan Liar Gred G19 ialah:

  • Membantu Ketua Daerah menjalankan tugas-tugas pentadbiran jabatan di peringkat daerah, mengetuai unit kakitangan menjalankan tugas penguatkuasaan, pengurusan dan pemantauan hidupan liar serta menjalankan aktiviti program pengembangan jabatan dan menjadi fasilitator kepada kursus-kursus pendidikan.

BERNAMA trên Twitter: "Pegawai dan kakitangan Perhilitan Terengganu menunjukkan bangkai harimau dalam kes jenayah hidupan liar https://t.co/yc0BN1DEMa"

CONTOH SOALAN INTERVIEW PEMBANTU HIDUPAN LIAR GRED G19

Ingin tahu apakah contoh-contoh soalan yang sering disoal ketika interview Pembantu Hidupan Liar Gred G19?

Inilah beberapa contoh soalan yang disoal oleh ahli panel yang telah dikongsikan oleh calon sebelum ini.

Soalan

  1. Perkenalkan diri anda
  2. Huraikan misi, visi, objektif dan carta organisasi terkini PERHILITAN.
  3. Nama Ketua Pengarah PERHILITAN
  4. Akta-akta Perlindungan Hidupan Liar
  5. Adakah anda sanggup bekerja sekiranya ditempatkan di pedalaman?
  6. Pernahkah mempunyai pengalaman tinggal dihutan semasa di sekolah atau dimana-mana institusi?
  7. Sanggup ke tinggal di hutan selama 2 minggu kerana kerjaya anda memerlukan anda untuk bekerja di dalam hutan.
  8. Sanggup atau tidak tinggalkan keluarga untuk tinggal di dalam hutan selama 2 minggu kerana tuntutan kerja?
  9. Apakah soalan anda?

Baca juga: Jangan Sebut “Tak Tahu” Dalam Temuduga Kerja SPA! Pantang Larang Temuduga

TIPS HADIR INTERVIEW

Tips ini dikhaskan kepada anda yang result SPM nya cukup-cukup makan sahaja. Yang lain-lain jika ingin amalkan tips ini, sangat dialu-alukan.

  • Hasilkan resume yang menarik serta maklumat yang lengkap di dalam Bahasa Melayu. Panel akan membaca resume anda dan akan berikan soalan berdasarkan resume anda.
  • Jika anda berkebolehan dalam Bahasa Inggeris, anda boleh sediakan resume dalam Bahasa Inggeris dan kemungkinan besar panel akan bertanyakan soalan di dalam Bahasa Inggeris juga.
  • Hasilkan resume yang lengkap dengan info yang panel perlukan seperti: gambar ukuran pasport terkini, nama, alamat, nombor telefon, pengalaman pekerjaan, pendidikan dan emel anda.
  • Pastikan gambar ukuran pasport anda menunjukkan anda seorang yang profesional. Berbaju kemeja dan bertali leher bagi calon lelaki dan gambar calon wanita mestilah berpakaian yang sopan dan kemas.
  • Fail yang dibawa mestilah dalam keadaan yang baik dan siji disusun dengan betul mengikut ketetapan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).
Nota: Jangan bawa sijil anda tanpa fail atau menggulungkan sijil-sijil anda. Khuatir sijil anda rosak dan buat persediaan dengan membeli fail sebelum hadir temuduga.

UPDATE TERKINI MYSTEP

Sebarang update terkini mengenai pelbagai jawatan kosong terkini, anda boleh layari laman berikut:

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.