Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Terkini! Soalan Terbaru Interview Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP). Boleh Jadikan Rujukan Buat Anda!

3,150

Jika calon Guru SPP yang sedang menunggu keputusan temuduga ingin membuat persiapan untuk ditemuduga pada masa akan datang, anda boleh dapatkan contoh soalan disini.

Lagi awal membuat persiapan, lebih baik untuk calon kerana lebih tenang dalam  temuduga malah calon lebih bersedia dan mempunyai keyakinan semasa temuduga dijalankan.

Soalan-soalan yang dikongsikan adalah merupakan pengalaman daripada calon yang telah menghadapi temuduga dengan SPP baru-baru ini. Sekiranya soalan yang diajukan adalah berbeza, gunakan kebijaksanaan dan kreativiti anda untuk menjawabnya ya!

SOALAN-SOALAN TEMUDUGA TERKINI SPP 2021

Terdapat beberapa soalan yang ditanya semasa temuduga terkini SPP Tahun 2021 yang dikongsikan oleh calon sebelum ini ialah:

Isu Semasa

  • Huraikan langkah untuk mengatasi masalah kemiskinan yang berlaku di Malaysia.
  • Apakah yang anda faham dengan isu kemiskinan di Malaysia?
  • Bagaimanakah caranya mengasingkan golongan B40, M40 dan T40 di Malaysia?

Vaksin

  • Sebutkan jenis-jenis vaksin yang boleh didapati di Malaysia
  • Terdapat guru di Malaysia yang enggan menerima vaksin. Boleh terangkan isu ini dan cara untuk selesaikannya?
  • Apakah kesan sampingan vaksin dan bagaimanakah ia berfungsi.

Tema Hari Guru

  • Apakah tema hari guru bagi tahun__________? Huraikan apa yang anda faham dengan tema pada tahun tersebut.

Isu PDPR

  • Apakah isu yang dialami oleh guru-guru yang menjalankan PDPR?
  • Bagaimanakah caranya untuk atasi masalah PDPR?

Kesan Covid-19 Dalam Pendidikan

  • Apakah kesan-kesan Covid-19 dalam pendidikan? (Berikan kesan yang positif ya!)
  • Contohnya guru dan murid didedahkan dengan teknologi terkini sepanjang Covid-19, lebih kreatif semasa PDP, ibu bapa lebih mengambil berat dengan PDP anak-anak.

Isu Murid Kehilangan Ahli Keluarga

  • Apakah tindakan guru, KPM sekiranya murid kehilangan ahli keluarga?
  • Apakah program yang akan dilakukan sekiranya perkara ini berlaku pada murid di sekolah anda?
  • Contoh, Guru Bimbingan dan Kaunseling perlu melaksanakan sesi kaunseling krisis kepada murid-murid yang kehilangan ahli keluarga.
  • Contoh, sekolah ambil inisiatif seperti memberikan bantuan, kumpul dana, PIBG memberikan bantuan dari segi kewangan dan bakul makanan.

Isu Keberkesanan PDPR

  • Murid balik kampung dan tidak dapat dihubungi serta tidak boleh lakukan ziarah cakna, apa yang perlu anda lakukan sekiranya murid tersebut tidak hadir dalam kelas online PDPR?
  • Contoh, guru perlu hubungi ibu bapa melalui whatsapp, hadir ke rumah murid selepas beberapa hari.

SOALAN-SOALAN BERULANG

Soalan-soalan berulang yang ditanya semasa temuduga Guru SPP pula:

  1. Mengapa anda nak jadi cikgu?
  2. Apakah kekuatan anda yang melayakkan diri anda menerima jawatan ini?
  3. Dimana anda lihat diri anda pada 10 tahun yang akan datang?
  4. Sumber PDP/Kreativiti yang boleh anda gunakan jika anda dihantar ke sekolah pedalaman. Berikan cadangan anda.
  5. Apakah yang guru perlu tahu untuk menjadi seorang guru? (komunikasi, pengetahuan, kreativiti dan fleksibiliti seorang guru)
  6. Berikan cadangan aktiviti menarik semasa melaksanakan kelas, PDPR, ko- kurikulum. (mesti menimbulkan rasa ingin tahu murid-murid ketika aktiviti dijalankan)
  7. Apa yang ada dalam fail/buku RPH? (Dokumen apa yang perlu ada dalam RPH, penting!)
  8. Sesuaikah RPH pada zaman sekarang? (sesuai secara online di bandar-bandar besar kerana mempunyai sistem tetapi tidak relevan di kawasan pedalaman)
  9. Bagaimanakah cara untuk membantu murid yang lemah dalam sifir?
  10. Apakah pandangan anda sekiranya anda terpaksa mengajar subjek DLP (Dual Language Program) iaitu subjek yang bukan bidang anda?
  11. Apakah pengalaman anda dalam bidang pendidikan? (pengalaman praktikal, guru ganti, tuisyen, fasilitator program akademik, kursus dalam bidang pendidikan dan lain-lain yang berkaitan)
  12. Pendapat tentang ibu bapa hantar anak ke sekolah swasta. Betul atau salah tindakan ibu bapa ini? (tidak salah kerana silibus yang digunakan juga adalah sama dan diiktiraf oleh KPM)

Selain itu, anda juga boleh dapatkan contoh-contoh soalan berikut sekiranya berminat untuk menjadi seorang guru.

Klik sini dan jadikan soalan-soalan ini sebagai rujukan anda.

Macam mana pula nak jawab soalan mengenai kelebihan dan kekurangan anda semasa temuduga guru? Rujuk je disini:

cikgu 1

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...