Melalui Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi PEMERKASA, kerajaan telah menambah subsidi pembelian telefon bimbit baru serta kredit langganan internet kepada golongan B40 dari RM180 kepada RM300.
Ia adalah bertujuan untuk merapatkan jurang digital golongan B40 seterusnya dengan tujuan untuk membantu penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) bagi setiap isi rumah yang mempunyai anak bersekolah serta semua kategori belia.
Baca juga: Subsidi Pembelian Telefon & Peranti Baharu Sebanyak RM300 Untuk Isi Rumah
JUMLAH SUBSIDI PEMBELIAN TELEFON & PERANTI BAHARU
Isi Kandungan
Jumlah subsidi bagi pembelian telefon dan peranti baharu adalah sebanyak:
- RM300 berbanding RM180 semasa Belanjawan 2021
GOLONGAN SASARAN SUBSIDI PEMBELIAN TELEFON BAHARU & PERANTI BAHARU
Golongan sasaran untuk menerima subsidi pembelian telefon baharu dan kredit langganan internet ialah:
- Penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) B40 bagi setiap isi rumah yang mempunyai anak bersekolah.
Pada waktu yang sama, syarikat-syarikat telekomunikasi akan menyediakan subsidi pembelian telefon sebanyak RM180 kepada:
- Semua penerima BPR di bawah pakej semasa
TARIKH BANTUAN SUBSIDI PEMBELIAN TELEFON & PERANTI BAHARU
Tarikh bantuan subsidi pembelian telefon dan peranti baharu adalah seperti berikut:
- Bermula 5 Mei 2021
CARA MOHON & TEBUS SUBSIDI PEMBELIAN TELEFON & PERANTI BAHARU
Untuk membuat permohonan dan tebus subsidi pembelian telefon dan peranti baharu, ia akan dimaklumkan sebelum 5 Mei 2021.
Sebarang permohonan dan cara menebus akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
Baca juga: Program e-Belia: RM150 Untuk Belia & Pelajar IPT Mulai Jun 2021
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.