Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Sukarelawan Perkhidmatan Pengangkutan Percuma Untuk Warga Emas & Golongan Kurang Upaya GoCar, GoVac. Imbuhan RM30 & Kerja Sabtu Ahad Sahaja

1,328

Anda mempunyai kenderaan dan ingin menyertai GoVax Heroes sebagai sukarelawan yang membawa warga emas dan golongan kurang upaya ke pusat vaksin?

Jom sertai GoCar sebagai sukarelawan GoVax Heroes dengan membawa warga emas dan golongan kurang upaya (OKU) ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di kawasan yang ditetapkan sahaja.

Malahan waktu kerja anda tidak akan terganggu kerana anda hanya perlu bekerja pada hari Sabtu dan Ahad sahaja.

Baca juga: Jom Sertai Sukarelawan PriVo & Dapatkan Suntikan Covid-19 Dengan Cepat Serta Pelbagai Kelebihan Yang Lain Menanti Anda!

INFO GOVAC HEROES

Untuk pengetahuan anda, GoVax Heroes merupakan salah satu inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) oleh GoCar untuk melancarkan lagi program vaksin COVID-19.

HARI BERTUGAS SUKARELAWAN GOVAX HEROES

Anda hanya akan bertugas pada hari:

  • Sabtu dan Ahad sahaja

Ia bertujuan agar tidak menganggu hari bekerja sukarelawan masing-masing.

KEISTIMEWAAN GOVAX HEROES

Sukarelawan akan diberikan keistimewaan seperti berikut:

  • Kenderaan
  • Petrol
  • Bayaran parking untuk memandu ke PPV
  • Kredit GoPocket RM30 sehari kepada sukarelawan GoVax Heroes

LOKASI

Sukarelawan GoVac Heroes akan bertugas di kawasan berikut sahaja:

  • Daerah Petaling, Selangor

SYARAT PERMOHONAN

Syarat permohonan sebagai sukarelawan GoVax Heroes adalah seperti berikut:

  • Pemohon berumur 18-50 tahun.
  • Memiliki lesen memandu.
  • Mempunyai masa hari Sabtu dan Ahad.

Seterusnya buat pendaftaran di: Sukarelawan GoVac Heroes.

Bagi anda yang memerlukan perkhidmatan pula boleh membuat tempahan seperti berikut:

Menghubungi GoVax di talian:

Sukarelawan Perkhidmatan Pengangkutan Percuma Untuk Warga Emas & Golongan Kurang Upaya GoCar, GoVac. Imbuhan RM30 & Kerja Sabtu Ahad Sahaja

Baca juga: Salam Alliance Tawarkan RM150 Harian Untuk Menjadi Sukarelawan Vaksin Covid-19 Mega PPV. Mohon Segera!

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...