Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

[Tabung Haji] Tukar Akaun Kanak-Kanak Kepada Akaun Dewasa Sebelum Dibekukan

716

Anak-anak anda telah mencapai umur 18 tahun?Jika ya, check semula akaun Tabung Haji anak-anak anda!

Ini kerana, Tabung Haji menasihatkan agar ibu bapa atau penjaga yang mempunyai akaun di abawah jagaan anak yang berumur 18 tahun ke atas untuk menukar status akaun ke Akaun dewasa agar akaun tersebut tidak dibekukan.

Apa yang perlu ibu bapa atau penjaga lakukan untuk menukar status akaun tersebut?

TARIKH TUKAR AKAUN KANAK-KANAK KE AKAUN DEWASA TABUNG HAJI

Ibu bapa dan penjaga anak-anak yang telah berumur 18 tahun dan mempunyai Akaun Kanak-kanak Tabung Haji boleh membuat pertukaran status akaun sebelum:

  • 1 Disember 2021

Baca juga: Cara Buat Tuntutan Pusaka Akaun Tabung Haji Tanpa Penama

TRANSAKSI AKAUN KANAK-KANAK TABUNG HAJI DIBEKUKAN

Ibu bapa dan penjaga perlu melakukan pertukaran status akaun ke Akaun Dewasa dengan segera kerana:

  • Transaksi pengeluaran akan dibekukan
  • Status link akaun di antara penjaga di bank dan Akaun Kanak-Kanak terbatal
  • Pendaftaran haji tidak dapat dilakukan

CARA MENUKAR AKAUN KANAK-KANAK KE AKAUN DEWASA

Ibu bapa dan penjaga yang mempunyai akaun di bawah jagaan bagi anak yang berumur 18 tahun ke atas dinasihatkan untuk datang bersama anak tersebut ke:

  • Cawangan TH yang berdekatan untuk membuat proses pertukaran dari Akaun Kanak-Kanak ke Akaun Dewasa

Sekiranya penjaga tidak dapat hadir bersama anak ke cawangan TH, memadai pendeposit (kanak-kanak) sahaja yang hadir dengan membawa Borang Persetujuan Penjaga (JP037) sebagai persetujuan penjaga untuk melakukan pertukaran akaun kanak-kanak ke dewasa.

Borang boleh dimuatnaik melalui: https://prod-th-assets

Ini adalah bertujuan untuk:

  • Memastikan semua akaun pendeposit yang mencapai 18 tahun diuruskan oleh pendeposit itu sendiri dan rekod maklumat serta biometrik pendeposit berumur 18 tahun tersebut dikemaskini.

[Tabung Haji] Tukar Akaun Kanak-Kanak Kepada Akaun Dewasa Sebelum Dibekukan

Baca juga: [Tabung Haji] Pembukaan Akaun Secara Maya (VAO). Mudah & Cepat, Tak Payah Tunggu Lama-Lama

KEPENTINGAN MENUKAR STATUS AKAUN

Mengikut Tabung Haji, Akaun Kanak-Kanak perlu di tukar status ke Akaun Dewasa adalah untuk mendapat manfaat seperti berikut:

  • Simpanan dijamin kerajaan
  • Menerima agihan keuntungan
  • Zakat ditunaikan
  • Patuh syariah
  • Dikecualikan cukai pendapatan
  • Boleh juga turut serta dalam pelbagai kempen yang dijalankan TH

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai pertukaran status dari Akaun Kanak-Kanak ke Akaun Dewasa, sila rujuk ke:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...