Cara Mohon Talian Prihatin Muallaf Terengganu, Jangan Lupa Sertakan Bersama Maklumat Ini Ya!
Pandemik Covid-19 benar-benar menguji seluruh masyarakat terutamanya di Malaysia sehingga terjejas pendapatan akibat kehilangan pekerjaan.
Antara mereka yang terjejas adalah golongan miskin, asnaf, fakir, penjaja, peniaga serta gologan muallaf.
Bagi golongan muallaf juga tidak terkecuali untuk menerima bantuan daripada kerajaan negeri Terengganu melalui Talian Prihatin Muallaf Terengganu.
INFO RINGKAS TALIAN PRIHATIN MUALLAF TERENGGANU
Isi Kandungan
Talian Prihatin Muallaf Terengganu ini diwujudkan untuk membantu golongan mualaf di negeri Terengganu yang terjejas pendapatan serta terputus bekalan makanan dan perbelanjaan sepanjang tempoh pandemik Covid-19.
GOLONGAN SASARAN
Golongan sasaran yang dipelawa untuk memohon Talian Prihatin Muallaf Terengganu ialah:
- Mualaf negeri Terengganu
SYARAT KELAYAKAN TALIAN PRIHATIN MUALLAF TERENGGANU
Antara syarat kelayakan Talian Prihatin Muallaf Terengganu ialah:
- Mualaf
- Menetap di negeri Terengganu
- Mualaf yang terputus bekalan makanan
- Mualaf yang terputus perbelanjaan
MAKLUMAT DIPERLUKAN
Lengkapkan permohonan Talian Prihatin Muallaf Terengganu anda dengan menyertakan bersama maklumat berikut:
- Nama dan nombor kad pengenalan/pasport
- Tempat dan tarikh memeluk Islam
- Nombor telefon
- Alamat
- Salinan nombor Akaun Bank yang aktif (Untuk mualaf yang tiada akaun bank, gunakan akaun bank pasangan/anak)
Baca juga: Hilang Kerja, Tak Ada Simpanan? Ini Cara Mohon Bantuan Talian Cakna MAIDAM Terengganu
CARA MOHON
Anda boleh memohon dengan 2 kaedah seperti berikut:
- Melalui panggilan telefon
- Melalui whatsapp
Anda boleh hubungi Unit Dakwah Saudara Kita MAIDAM melalui dua kaedah diatas di nombor berikut:
- Panggilan telefon: 09-622 1300
- Whatsapp: 017-955 7977
Waktu yang boleh dihubungi adalah seperti berikut:
- Ahad hingga Rabu: 9 pagi – 5 petang
- Khamis: 9 pagi – 3 petang
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.