Para penerima bayaran faedah PERKESO tidak perlu susah hati kerana PERKESO membuat bayaran setiap bulan mengikut tarikh yang telah ditetapkan.
Namun terkini seperti yang diumumkan oleh PERKESO, bayaran bagi bulan Oktober telah pun dipinda ke tarikh yang baharu.
Bilakah tarikh baharu bagi bayaran faedah PERKESO bulan Oktober sekiranya dipinda?
INFO RINGKAS BAYARAN FAEDAH PERKESO
Isi Kandungan
Bayaran faedah PERKESO adalah:
- Berteraskan konsep tanggungjawab bersama menerusi sumber terkumpul, perkongsian risiko dan penggantian pendapatan melalui bayaran PERKESO 2021 (pooling of resources, sharing of risk and replacement of income).
2 SKIM BAYARAN FAEDAH PERKESO
Jika anda belum tahu, bayaran faedah PERKESO adalah mengikut 2 skim iaitu:
- Skim Bencana Pekerjaan
- Skim Pencen Ilat
TARIKH PINDAAN BAYARAN FAEDAH PERKESO BULAN OKTOBER
Mengikut PERKESO, penerima akan menerima bayaran faedah pada tarikh baharu iaitu pada:
- 29 Oktober 2021
Ini bermakna, penerima akan menerima lebih awal daripada tarikh asal mengikut jadual yang dikeluarkan sebelum ini.
JADUAL PENUH TARIKH BAYARAN FAEDAH PERKESO 2021 (SELEPAS PINDAAN)
Anda boleh rujuk jadual penuh tarikh Bayaran Faedah PERKESO 2021 selepas pindaan seperti di bawah.
BULAN | TARIKH | HARI | NOTA |
Januari | 29 Januari 2021 | Jumaat | 1 Februari 2021 bersamaan Hari Wilayah Persekutuan |
Februari | 1 Mac 2021 | Isnin | – |
Mac | 1 April 2021 | Khamis | – |
April | 30 April 2021 | Jumaat | 1 Mei 2021 bersamaan Hari Pekerja |
Mei | 11 Mei 2021 | Selasa | 13 Mei 2021 bersamaan Hari Raya Puasa |
Jun | 1 Julai 2021 | Khamis | – |
Julai | 15 Julai 2021 | Khamis | 21 Julai 2021 bersamaan Hari Raya Qurban |
Ogos | 1 September 2021 | Rabu | – |
September | 1 Oktober 2021 | Jumaat | – |
Oktober | 1 November 2021 | Isnin | Bayaran diawalkan ke 29 Oktober 2021 sempena Deepavali pada 4 November 2021 |
November | 1 Disember 2021 | Rabu | – |
Disember | 21 Disember 2021 | Selasa | 25 Disember 2021 bersamaan Hari Krismas |
Untuk rujukan jadual sebelum ini, anda boleh klik pautan berikut:
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Untuk maklumat lanjut anda boleh baca segala maklumat di portal rasmi berikut:
ATAU
Kunjungi pejabat PERKESO yang terdekat dengan anda.
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.