Langkah-Langkah Untuk Menukar Pendaftaran Jaringan Prihatin Dengan Syarikat Telekomunikasi Anda

Adakah anda layak untuk menerima Bantuan Jaringan Prihatin seperti yang telah dilancarkan oleh kerajaan baru-baru ini?

Untuk pengetahuan anda, semua warganegara Malaysia yang layak menerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) layak menyertai program Jaringan Prihatin.

Bagi anda yang layak, anda boleh membuat pendaftaran Jaringan Prihatin mengikut syarikat telekomunikasi yang anda langgani bermula pada 5 Mei 2021 hingga 31 Julai 2021 ini.

Tetapi jika anda ingin menukar pendaftaran Jaringan Prihatin dengan syarikat telekomunikasi anda, dapatkan cara-caranya melalui artikel yang dikongsikan ini.

INFO RINGKAS JARINGAN PRIHATIN

Pelan komunikasi dan pakej peranti yang ditawarkan telah disubsidi bersama oleh Kerajaan dan syarikat telekomunikasi yang mengambil bahagian dalam program ini.

Terdapat dua jenis subsidi yang ditawarkan, iaitu:

  • Subsidi 1: Subsidi pelan data bulanan; atau
  • Subsidi 2: Subsidi pembelian pakej peranti mudah alih.

Penerima BPR (berkahwin atau ibu/bapa tunggal) dan mempunyai anak di bawah umur 18 tahun akan ditawarkan subsidi:

  • RM300 (diberikan secara penuh) untuk pakej peranti, atau
  • RM15 sebulan untuk rancangan data bulanan selama 12 bulan.

Sementara itu, penerima BPR (bujang atau berkahwin) dan tidak mempunyai anak di bawah umur 18 tahun akan ditawarkan subsidi:

  • RM180 (diberikan secara penuh) untuk pakej peranti, atau
  • RM15 sebulan untuk rancangan data bulanan selama 12 bulan.

JUMLAH PERTUKARAN PENDAFTARAN JARINGAN PRIHATIN

Jika anda telah berdaftar untuk program Jaringan Prihatin dengan syarikat telekomunikasi terpilih dan ingin bertukar ke tawaran oleh syarikat yang lain, anda boleh membuat pertukaran:

  • Sebanyak 3 kali sepanjang tempoh program Jaringan Prihatin

CARA MENUKAR PENDAFTARAN JARINGAN PRIHATIN

Untuk menukar pendaftaran Jaringan Prihatin:

  • Hubungi syarikat telekomunikasi yang anda telah daftar untuk Program Jaringan Prihatin.
  • Batalkan pendaftaran pelan Jaringan Prihatin yang anda sedang langgani.
  • Lakukan pendaftaran semula dengan syarikat telekomunikasi baharu selepas 30 hari dari tarikh pendaftaran langganan terakhir anda.
Nota: Anda boleh menghentikan pendaftaran anda dengan syarikat telekomunikasi semasa anda pada bila-bila masa. Walau bagaimanapun, anda perlu menunggu 30 hari dari tarikh pendaftaran terakhir untuk mendaftar semula dengan penyedia perkhidmatan baru.
Anda juga boleh dapatkan langkah-langkah menukar pendaftaran Jaringan Prihatin yang lebih lengkap seperti infografik yang dikongsikan ini.
Langkah-Langkah Untuk Menukar Pendaftaran Jaringan Prihatin Dengan Syarikat Telekomunikasi Anda

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai cara menukar pendaftaran Jaringan Prihatin, sila hubungi syarikat telekomunikasi masing-masing di:

  1. Celcom: https://www.celcom.com.my/personal/jaringan-prihatin
  2. Digi: https://digi.my/prihatin
  3. Maxis: https://www.maxis.com.my/jaringanprihatin
  4. Mcalls: https://mcalls.asia/jaringanprihatin
  5. redONE: https://www.redone.com.my/promotion/bpr
  6. speakOUT: https://speakout.asia/jaringanprihatin
  7. Tune Talk: https://www.tunetalk.com/my/en/jaringanprihatin
  8. U Mobile:https://www.u.com.my/jaringanprihatin
  9. unifi Mobile: www.unifi.com.my/jaringanprihatin
  10. XOX Mobile: https://xox.com.my/jaringan-prihatin-en
  11. YES: https://www.yes.my/kasiupB40
  12. Yoodo: www.yoodo.com.my/jaringanprihatin

Atau;

Rujuk kepada laman sesawang syarikat telekomunikasi masing-masing untuk maklumat terperinci Program Jaringan Prihatin.

Baca juga: Golongan B40 Keluarga Serta Individu Layak Menerima Telefon Pintar & Data Percuma YES Prihatin

SUMBER

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.