Bank Rakyat dengan kerjasama Surau Al-Barakah Bank Rakyat mempelawa semua lapisan masyarakat yang terputus bekalan keperluan dan makanan asas untuk mengambil sumbangan Bakul Makanan Zon Barakah Bank Rakyat yang disediakan.
Bakul Makanan Zon Barakah Bank Rakyat ini telah disediakan mulai 13 Ogos 2021 dan ianya bertempat di Menara Kembar Bank Rakyat.
Jadi, anda yang memerlukan bekalan keperluan dan makanan asas serta berada disekitar Kuala Lumpur boleh mendapatkan Bakul Makanan Zon Barakah Bank Rakyat mengikut prosedur yang telah ditetapkan.
INFO RINGKAS ZON BARAKAH BANK RAKYAT
Isi Kandungan
Zon Barakah Bank Rakyat diperkenalkan untuk:
- Membantu golongan yang terjejas dari segi keperluan asas demi kelangsungan kehidupan mereka.
- Berkonsepkan ‘Ambil Yang Perlu, Sumbang Apa Yang Mampu’ ini akan bermula pada 13 Ogos 2021 bertempat di Menara Kembar Bank Rakyat.
TEMPOH MASA AMBIL BARANG KEPERLUAN & MAKANAN ASAS
Anda yang memerlukan bantuan ini boleh mengambilnya:
- Pada bila-bila masa, 7 hari seminggu termasuk cuti umum
SENARAI BARANG YANG DISEDIAKAN
Antara barang keperluan dan makanan asas yang disediakan adalah seperti berikut:
- Beras 5kg
- Tepung Gandum 1kg
- Minyak Masak 1 liter
- Bihun
- Sardin
- Telur Ayam
- Kicap
- Gula
- Garam
- Teh
- Nescafe
- Biskut
- Susu Tepung
- Lampin Pakai Buang
PROSEDUR AMBIL BARANG ZON BARAKAH BANK RAKYAT
Pastikan anda mengikut prosedur yang ditetapkan Bank Rakyat untuk mengambil barang keperluan dan makanan asas di Menara Kembar Bank Rakyat seperti berikut:
- Kunjungi Zon Barakah Bank Rakyat di Menara Kembar Bank Rakyat, Jalan Rakyat, Kuala Lumpur.
- Patuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dengan memakai pelitup muka, menggunakan pensanitasi tangan dan mengimbas suhu.
- Imbas kod QR dalam aplikasi MySejahtera atau mendaftar di buku log.
- Ambil barang yang anda perlukan sahaja dan amalkan penjarakan fizikal.
Selain itu, orang ramai juga digalakkan untuk membuat sumbangan ke Bakul Makanan Zon Barakah Bank Rakyat melalui pautan berikut:
Semoga bermanfaat!
BANTUAN BAKUL MAKANAN LAIN
Mereka yang memerlukan bantuan makanan juga boleh mendapatkan bantuan makanan di saluran berikut:
- Jangan Malu Jika Tak Ada Makanan. Ini Cara Mohon Bantuan Bakul Makanan RM100 Dari Jabatan Kebajikan Masyarakat. Mohon Online Sahaja
- Terjejas Pendapatan & Stok Makanan Hampir Habis? Ini Cara Mohon Bantuan Bakul Makanan PKP 3.0 MAINJ
- Tak Ada Stok Makanan? 5 Senarai Food Bank Atau Tempat Bantuan Makanan Selain Daripada Bakul Makanan RM100 JKM
- Bakul Prihatin Negara, Dapatkan Senarai Nombor Telefon Bilik Gerakan JKM Daerah Setiap Negeri Disini
- RM100 Sebulan Selama 3 Bulan Program Prihatin Kasih, Semak Kelayakan & Cara Mohon Disini
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.