Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Suntikan Vaksin Harus & Tidak Batalkan Puasa, Majlis Fatwa Kebangsaan

1,327

13 April 2021 adalah bersamaan dengan 1 Ramadhan 1442 dan sudah pasti umat Islam di seluruh Malaysia akan bermula puasa pada tarikh ini.

Pada masa yang sama, program vaksinasi Covid-19 tetap diteruskan mengikut fasa yang telah dirancangkan mengikut tarikh yang telah ditetapkan.

Baca juga: 3 Fasa Pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Bermula Akhir Februari

Namun, terdapat pelbagai persoalan sama ada suntikan vaksin membatalkan puasa individu yang menerikan suntikan atau tidak.

SUNTIKAN VAKSIN KETIKA BERPUASA ADALAH HARUS

Untuk pengetahuan anda, suntikan vaksin Covid-19 pada bulan Ramadan adalah:

  • Harus dan tidak membatalkan puasa.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri perkara tersebut telah diputuskan dalam Majlis Fatwa Kebangsaan.

Mengikut pandangan Mufti Besar Arab Saudi, Sheikh Abdul Aziz Al-Asheikh menyatakan, mendapatkan vaksin Covid-19 di bulan Ramadhan tidak membatalkan puasa.

Pernyataan tersebut dikeluarkan untuk menepis keraguan umat Islam dalam menerima suntikan vaksin saat Ramadhan dan keharusan untuk bervaksin sekalipun ketika berpuasa pada bulan Ramadan dan tidak membatalkan puasa. Jawapan tersebut adalah sejalur pandangan Ulama Shafie’ dan pandangan ahli ahli Fatwa ketika ini.

Baca juga: Rawatan Perubatan Yang Membatalkan Puasa Dan Tak Membatalkan Puasa – KKM

GARIS PANDUAN PENGAMBILAN VAKSIN COVID-19 BAGI UMAT ISLAM

Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam akan membincangkan mengenai garis panduan pengambilan vaksin bagi umat Islam, ketika bulan Ramadan nanti.

Panduan ini akan dimaklumakan setelah ianya diputuskan dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Suntikan Vaksin Tidak Batalkan Puasa, Majlis Fatwa Kebangsaan

SUMBER

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...