Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

6 Pes Masakan Serbaguna Ini Boleh Menghasilkan Lebih Dari 30 Hidangan Masakan. Memang Jimat Sangat

1,552

Cepat Dan Mudah Memasak

Bulan Ramadan akan tiba tidak lama lagi. Ibu-ibu mesti terfikir pelbagai resepi untuk dimasak ketika berbuka dan bersahur nanti. Jika boleh biarlah masakan tersebut disediakan dengan mudah tetapi lazat untuk dinikmati sekeluarga.

Bagi ibu-ibu yang sibuk menguruskan hal rumahtangga, pasti berfikir cara yang mudah dan jimat, terutamanya untuk penyediaan memasak. Kalau boleh tidak perlu tergesa-gesa untuk mengupas bawang, mesin cili kering, menumbuk bawang dan sebagainya,

Cara yang mudah untuk memasak dengan cepat adalah dengan menyediakan pelbagai pes masakan dengan lebih awal. Anda boleh memasak pada bila-bila masa dan dengan cepat jika sudah terlambat.

6 Pes Masakan Serbaguna

Anda boleh jadikan pes masakan serbaguna ini dengan menghasilkan sehingga lebih daripada 30 jenis masakan dengan 6 jenis pes ini sahaja.

6 Jenis Pes Masakan tersebut ialah :

1. Pes Cili Kering

Cara penyediaannya :

  • Rebus cili kering
  • Kisar bersama bawang merah dan bawang putih
  • Ikut kegunaan anda. Contoh : setengah kilo cili kering, bawang besar 4 biji dan bawang putih 10 biji.

Cadangan hidangan :

  • Nasi goreng
  • Mee goreng
  • Bihun goreng
  • Kuetiaw goreng
  • Sambal ikan
  • Sambal petai dan udang
  • Sambal bilis
  • Sambal sotong
  • Ayam masak sambal
  • Asam pedas
  • Sambal telur

pes1

2. Santan

Santan boleh dijadikan pes? Ya, santan juga boleh dijadikan pes masakan anda. Anda boleh membeli santan original atau santan yang diperah atau santan di dalam kotak. Anda boleh masukkan ke dalam plastik aiskrim dan ikatkan. Selepas itu, anda boleh simpan di dalam bahagian sejuk beku. 30 minit  sebelum memasak, anda boleh keluarkan untuk nyah beku.

Cadangan hidangan :

  • Ayam masak lemak
  • Kari ayam, daging, ikan
  • Nasi lemak
  • Rendang
  • Bubur kacang
  • Kuih talam

pes2 (1)

3. Pes Ikan Bakar

Bahan yang diperlukan untuk pes ikan bakar ialah :

  • Serai
  • Halia
  • Lengkuas
  • Kunyit hidup
  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Cili kering

Kisar semua bahan-bahan di atas, masakkan dan masukkan gula merah dan garam secukupnya dan simpan di dalam peti ais. Keluarkan jika anda hendak guna.

Cadangan hidangan :

  • Ikan bakar
  • Sotong bakar
  • Masak hitam
  • Ayam asak merah
  • Masak kuzi
  • Kerutuk
  • Rendang

pes3

4. Pes Masak Lemak

Untuk pes masak lemak pula, bahan yang digunakan ialah :

  • Bawang besar 3 biji
  • Bawang putih 8 biji
  • Halia sebesar ibu jari
  • Kunyit hidup sebiji
  • Cili hijau (ikut pedas yang anda suka)

Cadangan hidangan :

  • Masak lemak ketam
  • Masak lemak daging salai
  • Masak lemak pucuk paku dengan udang
  • Masak lemak kulit lembu salai dengan pucuk ubi kayu

pes4

5. Pes Cili Api / Serbaguna

Bahan-bahan untuk pes cili api ialah :

  • Cili 20 biji
  • Bawang merah 10 biji
  • Bawang putih 5 biji

Kisarkan semua bahan di atas.

Cadangan hidangan :

  • Ayam masak berlada
  • Ikan masak cili hijau
  • Sayur goreng tumis
  • Ayam masak padpet
  • Nasi goreng
  • Megi goreng pedas

pes5

6. Pes Kari

  • Bawang merah 20 biji
  • Bawang Putih 10 biji
  • Halia 3 inci (lebih kurang sebesar ibu jari)
  • Kunyit hidup 2 inci (lebih kurang seketul)
  • Serbuk kari ayam / kari ikan (3 peket kecil)

Bahan-bahan tadi campur dan kisarkan bersama. Cuma untuk rempah kari, anda boleh asingkan mengikut jenis masakan.

Cadangan hidangan :

  • Kari ayam
  • Kari ikan
  • Kari daging
  • Kari telur
  • Ikan bakar Portugis
  • Kari ketam,udang,sotong
  • Mee kari

pes6

Mix & Match Pes

Anda juga boleh campur dan padankan pes ini untuk dijadikan satu hidangan

Jika anda ingin membuat masak lemak bersantan, anda hanya masukkan pes masak lemak dan santan sahaja.

Jika ingin membuat rendang, anda boleh masukkan pes santan, pes cili api serbaguna dan pes ikan bakar.

Anda hanya perlu masukkan bahan-bahan lain yang anda suka seperti ayam daging, udang, sayur, kentang dan sebagainya.

Masa anda jimat dan penyediaan masakan anda juga menjadi lebih cepat daripada biasa.

Sumber :

  • siraplimau.com
  • rasa.my
  • vanillakismis.com
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...