Kena Isi Maklumat Wakil Ke Semasa Mohon Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)? Ini Penjelasannya
Semasa mengisi borang permohonan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) secara online, pastinya anda semua ternampak maklumat wakil pada bahagian dibawah, kan?
Mungkin anda semua nak tahu apakah tujuannya maklumat wakil perlu diisi oleh pemohon Bantuan Keluarga Malaysia (BKM).
Jadi, jom dapatkan apakah tujuan maklumat wakil diisi oleh pemohon BKM 2022.
TUJUAN MAKLUMAT WAKIL DIISI PEMOHON BKM 2022
Isi Kandungan
Kalau anda nak tahu, tujuan maklumat waris diisi adalah untuk:
- Waris bagi tuntutan Skim Khairat Kematian (SKK) jika pemohon/pasangan BKM 2022 telah meninggal dunia
- Wakil bagi penunaian BKM 2022
INDIVIDU LAYAK DIDAFTAR SEBAGAI WAKIL
Tidak semua ahli keluarga anda layak menjadi wakil dan mereka yang layak menjadi wakil ialah:
- Pasangan
- Ibu
- Bapa
- Anak (Kandung/Anak tiri/Anak angkat)
- Adik beradik
- Cucu
WAKIL LAYAK TUNAI BKM 2022/TUNTUTAN SKK BKM 2022
Wakil yang layak untuk membuat penunaian BKM 2022 atau tuntutan Skim Khairat Kematian BKM adalah seperti berikut:
- Pasangan yang didaftarkan oleh pemohon di Bahagian B (Maklumat Pasangan) pada Borang BKM 2022.
- Wakil yang didaftarkan oleh pemohon di Bahagian D (Maklumat Wakil) pada Borang BKM 2022 dan mestilah terdiri daripada hubungan seperti jawapan bagi soalan No. 2.
- Bukan Warganegara Malaysia dan menetap di Malaysia, anda layak menjadi wakil sekiranya hubungan anda dan pemohon adalah terdiri daripada ibu/bapa/pasangan/anak/adik-beradik/cucu yang menetap di Malaysia.
HAD UMUR
Had umur untuk melayakkan individu tersebut untuk menjadi wakil untuk tunai BKM dan tuntutan Skim Khairat Kematian BKM adalah:
- Tiada had umur kelayakan seseorang untuk menjadi wakil kepada penerima BKM 2022.
CARA DAFTAR & KEMASKINI BKM
Terdapat 2 cara untuk mendaftar dan mengemaskini maklumat untuk Bantuan Keluarga Malaysia iaitu:
1. Online
- Anda boleh membuat permohonan secara online sahaja melalui pautan berikut: https://bkm.hasil.gov.my/
2. Manual/Fizikal
- Anda perlu hadir ke Cawangan LHDNM, Pejabat Satelit (PS) LHDNM, Pusat Khidmat hasil (PKH) LHDNM dan Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM
Rujuk: Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Telah Dibuka, 2 Cara Permohonan Yang Boleh Anda Apply
SKIM KHAIRAT KEMATIAN BKM
Waris yang layak akan menerima jumlah tuntutan Skim Khairat Kematian sebanyak:
- RM1,000 (bagi setiap individu yang layak)
SIAPA YANG LAYAK TERIMA KHAIRAT KEMATIAN BKM?
Siapa yang layak terima dan membuat tuntutan Skim Khairat Kematian BKM?
- Penerima BKM yang meninggal dunia antara 01 Januari 2022 sehingga 31 Disember 2022.
- Penerima BKM Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Bujang/Tiada pasangan sahaja:
a) Kahwin
b) Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda mempunyai anak
c) Warga Emas Bujang/Tiada Pasangan
Rujuk: Skim Khairat Kematian (SKK) BKM 2022, Bawa Dokumen Ini Untuk Tuntutan
Diharap info ini dapat membantu anda dan sebarang pertanyaan mengenai wakil Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), sila ajukan ke:
- Hotline BKK LHDNM: 1 800 88 2747
- Hotline BKK MoF: 03-8882 4565/03-8882 4566
- Talian Bantuan Khas Kerajaan Cawangan LHDNM
- [email protected]
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.