Cara Mohon Pakej Bantuan Rakyat Pulau Pinang RM20 Juta Untuk Peniaga Terjejas PKP

PKP 2.0 kali ini menyaksikan pelbagai bentuk bantuan diberikan kepada rakyat bermula dengan pemberian RM1,000 interim iSinar, BPN 2.0 Fasa Kedua yang dipercepatkan pembayarannya, BKSS 5.0, GKP Tambahan RM1,000 untuk PKS dan pelbagai lagi bantuan yang bakal dimanfaat oleh rakyat tanpa megira apa jua golongan.

Sehubungan itu, Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga berbesar hati untuk menyediakan beberapa inisiatif kepada golongan peniaga dalam bentuk kewangan untuk memastikan perniagaan mereka terus berjalan walaupun dilanda Covid-19.

Dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah mengenalpasti 5 golongan sasaran tersebut dan mari kita lihat siapakah 5 golongan tersebut.

5 GOLONGAN SASARAN PENERIMA PAKEJ BANTUAN PULAU PINANG

Antara salah satu daripada 5 golongan sasaran tersebut ialah:

  • Peniaga dan penjaja berlesen
  • Penarik beca
  • Pengusaha kantin
  • Perkhidmatan gunting rambut
  • Perkhidmatan salun kecantikan dan spa
  • Perkhidmatan pusat refleksologi serta perkhidmatan bekam
Untuk pengetahuan anda, Pakej Bantuan Rakyat Pulau Pinang ini telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri Pulau PInang sebanyak RM20 juta bertujuan memberikan kelegaan kepada kumpulan sasaran yang terjejas oleh pelaksanaan semula PKP 2.0.

KADAR BANTUAN PAKEJ BANTUAN RAKYAT PULAU PINANG

Setiap peniaga akan menerima bantuan sebanyak:

  • RM500 / seorang

TARIKH PERMOHONAN PAKEJ BANTUAN RAKYAT PULAU PINANG

Tarikh permohonan untuk Pakej Bantuan Rakyat Pulau Pinang ialah:

  • 25 Januari 2021

Tarikh tutup permohonan pula:

  • 28 Februari 2021

PERUNTUKAN KHAS RM30,000

Peruntukan khas juga akan diberikan kepada:

  • Semua 59 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)
  • Ahli Parlimen Kerajaan Negeri
  • ADUN Angkat
  • Pegawai Penyelaras KADUN
  • Pegawai Penyelaras Khas Parlimen

Peruntukan ini diberikan untuk membolehkan bantuan kepada rakyat yang terkesan dengan PKP 2.0 dapat disalurkan dengan segera.

Cara Mohon Pakej Bantuan Rakyat Pulau Pinang RM20 Juta Untuk Peniaga Terjejas PKP

CARA PERMOHONAN PAKEJ BANTUAN RAKYAT PULAU PINANG

Sebelum membuat permohonan, semua penjaja dan peniaga perlu mengesahkan:

  • Butiran perniagaan
  • Maklumat individu
  • Sertakan maklumat akaun bank untuk tujuan penyaluran bantuan.

Untuk memohon dan membuat semakan, anda boleh terus melayari Portal e-lesen Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) mulai 25 Januari 2021 di pautan berikut:

Cara Mohon Pakej Bantuan Rakyat Pulau Pinang RM20 Juta Untuk Peniaga Terjejas PKP

SUMBER

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.