Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

84 Pusat Internet Terengganu Beroperasi Untuk Membantu PdPR Pelajar

1,301

Pelbagai masalah yang dilalui oleh pelajar sekolah untuk melalui Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) seperti ketiadaan peranti dan kemudahan internet yang tidak stabil.

Baca juga: Internet 1GB Percuma Lanjut Sehingga April 2021 Turut Dinikmati Pelajar IPT

Selain itu, terdapat pelan internet prabayar 20GB dengan harga sebanyak RM15 yang ditawarkan kepada pelajar calon SPM dan STPM oleh pelbagai syarikat komunikasi seperti Celcom, U Mobile dan pelbagai lagi.

Untuk memudahkan pelajar di Negeri Terengganu khasnya, kerajaan Terengganu telah menyediakan sebanyak 84 pusat internet komuniti untuk menampung keperluan PdPR pelajar.

84 PUSAT INTERNET KOMUNITI

Buat masa ini, sebanyak 20 Pusat Internet Akses Rakyat (PINTAR) turut beroperasi dahulu sementara proses naik taraf dilakukan.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Terengganu juga membenarkan 64 pusat internet komuniti turut beroperasi bagi menampung keperluan PdPR pelajar

TEMPOH OPERASI PUSAT INTERNET KOMUNITI

Tempoh operasi bermula:

  • 8.00 pagi sehingga 5.00 petang
  • Setiap hari kecuali Jumaat

Baca juga: BERKAT PKP 2.0: RM100 Tunai, Top Up & Pelbagai Insentif Untuk Rakyat Terengganu

MANFAAT KEPADA 900 PELAJAR

Pusat internet komuniti ini akan dibuka kepada para pelajar yang memerlukan  untuk berkunjung ke Pusat Khidmat Komuniti secara janji temu di mana terdapat kemudahan 10 hingga 20 buah komputer di setiap PINTAR yang mampu memberi manfaat kepada kira-kira lima pelajar dalam satu-satu masa, menjadikan jumlah keseluruhan kira-kira 900 pelajar bagi satu-satu masa.

Untuk melaksanakan program ini, pandangan pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) dan sedang menunggu jawapan berkaitan prosedur operasi standard (SOP) untuk disesuaikan di PINTAR.

20 LOKASI PINTAR YANG BEROPERASI

Terdapat 20 lokasi PINTAR yang akan beroperasi iaitu:

  1. Pengkalan Kubur
  2. Kuala Besut
  3. Kota Putera
  4. Jertih
  5. Padang Luas
  6. Hulu Besut
  7. Seberang Kastam
  8. Permaisuri
  9. Guntung Luar
  10. Batu Rakit
  11. Durian Burung
  12. Paya Keladi
  13. Teluk Ketapang
  14. Bukit Tunggal
  15. Teluk Pasu
  16. Kuala Berang
  17. Manir
  18. Alor Limbat
  19. Rhu Rendang
  20. Paka

SOP BERADA DI PUSAT INTERNET KOMUNITI

Sebelum berada di Pusat Internet Komuniti, anda membuat temujanji terlebih dahulu seterusnya:

  • Hanya 5 orang sahaja dibenarkan berada di Pusat Internet Komuniti
  • Wajib memakai mask sebelum memasuki PINTAR
  • Menggunakan Hand Sanitizer
  • Tidak dibenarkan memasuki premis sekiranya suhu badan melebihi 37.5 darjah celcius

84 Pusat Internet Terengganu Beroperasi Untuk Membantu PdPR Pelajar

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan sila hubungi PINTAR di:

SUMBER

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...