Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Cara Buat Rayuan Haji Serta Borang Permohonan. Download Borang Disini

2,407
“Dukacita dimaklumkan nama anda tidak tersenarai sebagai calon haji bagi tahun ini”

Sangat menyedihkan kerana jawapan yang dinantikan tidak kunjung tiba. Lain yang diharapkan, lain pula yang diterima. Tetapi anda tidak perlu terlalu kecewa kerana anda boleh membuat rayuan haji melalui langkah-langkah yang akan dikongsikan nanti.

Mudah sahaja kerana anda boleh terus download borang permohonan disini dan ikuti cara-cara membuat permohonan satu persatu.

Cara Buat Rayuan Haji Serta Borang Permohonan. Download Borang Disini

CARA MEMBUAT PERMOHONAN RAYUAN HAJI

Untuk membuat permohonan rayuan haji, ikuti langkah-langkah yang dikongsikan ini satu persatu:

  • Muat turun borang rayuan haji di : Borang Rayuan Haji.
  • Isi maklumat peribadi .
  • Masukkan tujuan asal rayuan dan sertakan surat rayuan dan dokumen yang berkaitan.
  • Isikan semua maklumat yang dikehendaki dengan menandakan ‘X’ dikotak yang berkaitan.
  • Semak semula borang dengan teliti.
  • Tandatangan borang tersebut.

Borang rayuan yang siap diisi boleh terus dihantar ke kaunter cawangan TH yang berdekatan dengan anda.

DOWNLOAD BORANG DISINI

CONTOH BORANG RAYUAN HAJI

Berikut adalah contoh borang rayuan haji yang perlu diisini untuk permohonan:

Cara Buat Rayuan Haji Serta Borang Permohonan. Download Borang Disini

KEUTAMAAN PEMILIHAN RAYUAN HAJI

Keutamaan pemilihan rayuan haji akan diberi kepada :

  • Mereka yang membuat rayuan mahram.
  • Lanjut usia serta pembantu lanjut usia.
  • Mereka yang telah terpilih pada tahun sebelum ini namun terpaksa menangguh pemergian haji.
  • Mereka yang giliran menunaikan haji adalah pada tahun berikutnya (Contoh: Tahun semasa ialah 1441H/2020M, manakala tahun giliran tunai haji ialah tahun berikutnya 1442H/2021M).

Cara Buat Rayuan Haji Serta Borang Permohonan. Download Borang Disini

INFO LANJUT & PERTANYAAN

Dapatkan info selanjutnya mengenai rayuan haji di Talian Khidmat Pelanggan THCC di talian:

  • Telefon : 03-6207 1919
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...