Kebanyakan para usahawan dan peniaga sudah mula bangkit daripada masalah perniagaan masing-masing selepas melalui hari-hari yang penuh ranjau semenjak pandemik Covid-19.
Ini kerana pihak kerajaan dan pelbagai pihak yang lain sedaya upaya memberi bantuan kepada para usahawan dan peniaga untuk terus bangkit dan berjaya dalam perniagaan masing-masing.
Zakat Pulau Pinang juga membuka permohonan dana kepada usahawan mikro dan kecil bumiputera yang terjejas akibat pandemik Covid-19. Jika anda berminat untuk membuat permohonan, dapatkan info selanjutnya disini.
ILTIZAM PROGRAM MENTOR USAHAWAN (EMP) IHSAN, ZAKAT PULAU PINANG
Isi Kandungan
Apa itu Program Bantuan Kewangan One-Off EMP Ihsan Zakat Pulau Pinang?
Jika anda nak tahu, Program Bantuan Kewangan One-Off EMP Ihsan adalah kerjasama Zakat Pulau Pinang dengan EKUITI Nasional Bhd (Ekuinas).
Ia bertujuan:
- Untuk membantu usahawan mikro dan kecil bumiputera yang terjejas akibat pandemik Covid-19.
TARIKH PERMOHONAN
Anda boleh membuat permohonan Program Bantuan Kewangan One-Off EMP Ihsan bermula:
- 6 Oktober 2021 hingga 13 Oktober 2021
TUJUAN UTAMA DANA EMP IHSAN
Antara tujuan penggunaan Dana EMP Ihsan adalah untuk:
- Keperluan modal perniagaan
- Modal perniagaan baru (Setelah kegagalan perniagaan asal akibat impak Covid-19)
- Bantuan perbelanjaan operasi
SYARAT PERMOHONAN
Apakah pula syarat permohonan untuk Program Bantuan Kewangan One-Off EMP Ihsan?
Semak disini:
- Perniagaan mestilah dimiliki oleh Bumiputera sepenuhnya (100%).
- Perniagaan adalah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau mana-mana pihak berkuasa di lokaliti perniagaan pemohon.
- Perniagaan dijalankan secara sepenuh masa
- Pemohon adalah usahawan asnaf/bekas asnaf/golongan B40 yang terjejas dan kehilangan pendapatan akibat pandemik Covid-19.
Permohonan adalah terbuka kepada semua jenis perniagaan dan perkhidmatan dari semua sektor ekonomi yang terjejas pendapatan akibat pandemik Covid-19.
CARA MOHON
Jika berminat anda boleh buat permohonan secara online dipautan berikut:
- Klik Log Masuk dan klik bahagian Daftar Akaun Anda.
- Lengkapkan borang permohonan anda dan klik Hantar.
- Kemudian log masuk semula dengan memasukkan nama pengguna dan kata laluan yang telah didaftarkan.
- Klik menu Bantuan Zakat dan klik Mohon Bantuan seterusnya pilih Bantuan Perniagaan iaitu Program Ekuinas.
- Isi maklumat yang diperlukan dengan lebih lengkap dan hantar permohonan anda.
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai permohonan Dana EMP Ihsan, sila hubungi Bahagian Keusahawanan Asnaf Zakat Pulau Pinang di talian berikut:
- 011-2872 4588
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.