Bagaimana Cara Potong Daging Melintang Urat Untuk Dapatkan Tekstur Daging Yang Lembut. Mudah Masak Masa Bersahur Nanti

Sedapnya daging bakar danok, masak kunyit daging, sup daging dan mee goreng daging. Kalau bulan puasa, masa sahur makan berlauk daging agak berselera juga.

Tapi mengapa bila masak kadangkala daging jadi liat?

Adakah daging tersebut yang bermasalah? Atau salah teknik memasak?

Tapi sebenarnya jika anda tahu teknik memotong daging yang betul, apa sahaja jenis daging yang ada di depan mata anda pasti lembut bila anda memasaknya.

sup dgg

Teknik Potong Daging Yang Betul

Pastinya anda pernah mendengar ibu anda mengatakan bahawa hendak memotong daging supaya lembut bila dimakan adalah dengan memotongnya dengan betul dan jangan potong ikut urat. Bagaimana pula potong jangan ikut urat tu?

Berikut adalah teknik memotong daging dengan betul.

Jangan Potong Ikut Urat

Sebenarnya apa yang dikatakan oleh ibu-ibu kita ada benarnya. Dalam dunia masakan sendiri para chef terkemuka juga menyatakan perkara yang sama. Mereka sendiri mengamalkan dengan memotong daging dengan arah yang betul dan tidak memotong dengan mengikut urat atau grain pada daging.

Jika anda perhatikan betul-betul pada daging, anda akan dapati terdapat arah urat dengan jelas pada daging tersebut.

Jika anda potong mengikut urat daging (Slicing WITH the grain) pasti hidangan daging anda akan liat dan keras.

Manakala daging akan lembut dimasak sekiranya anda meotong daging dengan melawan arah urat (Slicing AGAINST the grain).

potong dgg 2

Cara memotong daging melawan urat. Lihat anak patah hitam yang menunjukkan potongan secara melawan arah urat.

potong dgg 3

Jika anda memotong daging mengikut anak panah berwarna biru, pasti daging yang dimasak akan menjadikeras dan liat.

Ini adalah bentuk daging yang dipotong melawan arah urat daging.

daging elok

Sekarang anda sudah tahu cara yang betul untuk memotong daging. Jadi selepas ini anda boleh memasak daging dengan cepat tetapi lembut diwaktu sahur anda.

daging danok

Semoga bermanfaat.

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.