Bantuan Khas Covid-19 (BKC) Sehingga RM1,300. Ini Tarikh Terima Bayaran BKC Mengikut Kategori

Pelbagai insentif telah disediakan oleh rakyat seperti yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi mengurangkan beban yang ditanggung rakyat berikutan pandemik Covid-19 yang melanda negara.
Antaranya ialah moratorium automatik untuk semua golongan dan PKS yang terjejas, lanjutan 1GB percuma sehingga hujung tahun, rebat dan diskaun elektrik sehingga 40% dan pelbagai jenis elaun kepada pekerja.
Seterusnya miskin tegar, isi rumah dan golongan bujang juga bakal menerima Bantuan Khas Covid-19 bermula RM100 sehingga RM1,300 mengikut kategori.
INFO RINGKAS BANTUAN KHAS COVID-19 (BKC)
Isi Kandungan
Bantuan Khas Covid-19 ini merupakan satu bentuk bantuan yang disalurkan kepada seluruh rakyat Malaysia yang merupakan:
- Kelompok miskin tegar
- B40
- M40
JUMLAH BAYARAN BANTUAN KHAS COVID-19 (BKC)
Jumlah bayaran Bantuan Khas Covid-19 (BKC) adalah seperti berikut:
MISKIN TEGAR
- Isi Rumah: RM1,300
- Bujang: RM500
B40
- Isi Rumah: RM800
- Bujang: RM200
M40
- Isi Rumah: RM250
- Bujang: RM100
TARIKH BAYARAN BANTUAN KHAS COVID-19 (BKC)
Tarikh bayaran Bantuan Khas Covid-19 (BKC) pula akan bermula seperti berikut:
ISI RUMAH MISKIN TEGAR
Bayaran Pertama
- RM500: Ogos
Bayaran Kedua
- RM500: November
Bayaran Ketiga
- RM500: Disember
BUJANG MISKIN TEGAR
Bayaran Pertama
- RM200: Ogos
Bayaran Kedua
- RM300: November
ISI RUMAH KATEGORI B40
Bayaran Pertama
- RM500: Ogos
Bayaran Kedua
- RM300: Disember
BUJANG KATEGORI B40
Bayaran Pertama
- RM500: Ogos
Bayaran Kedua
- RM300: Disember
ISI RUMAH KATEGORI M40
Bayaran Sekaligus
- RM250: Ogos
BUJANG KATEGORI M40
Bayaran Sekaligus
- RM100: Ogos
CARA MOHON BANTUAN KHAS COVID-19 (BKC)
Cara permohonan Bantuan Khas Covid-19 (BKC) akan dimaklumkan nanti dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN KHAS COVID-19 (BKC)
Syarat kelayakan Bantuan Khas Covid-19 (BKC) setakat ini yang diketahui adalah:
- Warganegara Malaysia
- Golongan miskin tegar, golongan B40 dan M40
Syarat kelayakan yang seterusnya akan dikemaskini dari semasa ke semasa selepas dimaklumkan oleh agensi yang menguruskannya.
PENGKELASAN PENDAPATAN GOLONGAN B40, M40 & T20
Golongan B40, M40 dan T20 dibahagikan mengikut pendapatan isi rumah rumah bulanan seperti berikut:
- Pendapatan isi rumah paling rendah : 40% : B40
- Pendapatan isi rumah pertengahan : 40% : M40
- Pendapatan isi rumah tertinggi : 20% : T20
Info lengkap B40, M40 dan T20 sila dapatkan dipautan berikut:
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.