Usahawan kecil yang bermaustatin dan menjalankan perniagaan dalam kawasan PBT Majlis Perbandaran Kulai dipelawa untuk memohon Bantuan Usahawan Kecil Yayasan Sejahtera Kulai bagi tahun 2021.
Seterusnya dapatkan borang permohonan Bantuan Usahawan Kecil Yayasan Sejahtera Kulai pada pautan yang akan dikongsikan disini.
Pastikan anda membuat permohonan sebelum tarikh tutup dan menyertakan bersama dokumen sokongan yang diperlukan bersama permohonan anda.
TARIKH TUTUP PERMOHONAN
Isi Kandungan
Pastikan anda menghantar borang permohonan anda yang telah lengkap diisi sebelum tarikh tutup pada:
- 11 September 2021
GOLONGAN SASARAN
Golongan sasaran yang digalakkan untuk memohon Bantuan Usahawan Kecil Yayasan Sejahtera Kulai adalah:
- Usahawan kecil menetap dan jalankan perniagaan di dalam kawasan PBT Majlis Perbandaran Kulai.
JUMLAH BANTUAN
Pemohon yang layak akan menerima bantuan berjumlah:
- RM 500.00 secara one-off
SYARAT-SYARAT UMUM GERAN BANTUAN USAHAWAN KECIL YAYASAN SEJAHTERA KULAI
Apakah syarat-syarat umum Geran Bantuan Usahawan Kecil Yayasan Sejahtera Kulai?
Semak disini ya!
- Warganegara Malaysia.
- Bermastautin serta menjalankan perniagaan dalam kawasan PBT Majlis Perbandaran Kulai.
- Pemohon mestilah berumur 18 tahun dan ke atas.
- Telah menjalankan perniagaan sekurang-kurangnya tiga (3) bulan.
- Perniagaan dijalankan secara separuh atau sepenuh masa.
- Pemohon yang tersenarai dalam e-Kasih, penerima bantuan Baitulmal, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan berpendapatan bulanan kurang daripada Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) serta lain-lain golongan memerlukan akan diberikan keutamaan.
- Pemohon dari golongan B40 layak dipertimbangkan untuk bantuan ini.
DOKUMEN SOKONGAN
Lengkapkan permohonan anda dengan menyertakan bersama dokumen sokongan seperti berikut:
- Gambar perniagaan serta lain-lain bukti perniagaan seperti salinan pendaftaran SSM, salinan lesen perniagaan PBT MPKu dan lain-lain.
- Memberikan bukti pendapatan. Sekiranya pemohon berniaga sepenuh masa, sila lampirkan pengesahan pendapatan dari Ketua Kampung, Penghulu Mukim atau Pesuruhjaya Sumpah atau borang BE. Sekiranya pemohon berniaga secara sambilan, sila sertakan slip gaji dari majikan.
- Pemohon yang terdiri dari kalangan OKU atau sakit, dikehendaki melampirkan salinan kad OKU atau laporan doktor.
- Pengesahan borang serta dokumen mestilah dibuat oleh Wakil Rakyat ADUN kawasan, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sejahtera Kulai atau pemimpin masyarakat seperti Ahli Majlis MPKu, Ketua Kampung, Ketua Masyarakat atau Penghulu.
BORANG PERMOHONAN
Dapatkan borang permohonan dipautan ini:
- Borang yang lengkap hendaklah dihantarkan ke pejabat yayasan di alamat:
No. 156A, Jalan Susur Kulai 3,
81000, Kulai, Johor
(berhampiran KFC & Tabung Haji Kulai)
Baca juga: [Yayasan Sejahtera Kulai] Bantuan Dana Khas Fasa 2 Untuk 150 Orang Sahaja. Siapa Cepat, Dia Dapat!
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sejahtera Kulai :
Dun Bukit Permai
- En Jamalludin Bin Abdol Hamid: 019 7227726
- Pn Nurul Nadia binti Ab Azis: 016 7730454
- En Ramli Bin Haron: 016764611
- En Hisamudin Bin Mohd: 011 28654973
Dun Senai
- En Sali Bin Mahpot (PPBM): 013 7700043
- En Mohd Azlan Bin Mohd Yunos: 018 2277784
- En Khairul Anuar Bin Abdul Aziz: 017 7032221
- En Shen Poh Kuan: 019 7543033
Dun Bukit Batu
- En Abdul Karim Bin Omar: 012 7007486
- Pn Satariah Binti Jiman: 017 7662759
- En Suppayah A/L Solaimuthu: 012 7101712
- Pn Masitah Binti Thurkeejan: 0135195426
Pejabat Yayasan: 07 6605348
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.