Rumah rosak akibat bencana alam seperti banjir, kebakaran serta dipecah masuk oleh perompak?
Jika anda risau perkara ini terjadi kepada anda, apa kata buat permohonan Insurans Khas Bencana Alam Rumah kerana ia membantu anda untuk membaik pulih semula rumah setelah mengalami bencana yang tidak diingini.
Kalau dah ambil Insurans Khas Bencana Alam Rumah, macam mana nak claim pula?
2 PERKARA DILINDUNGI (RUMAH)
Isi Kandungan
2 perkara yang dilindungi dalam insurans khas bencana alam rumah adalah seperti berikut:
- Bangunan rumah
- Harta benda dalam rumah
COVERAGE UNTUK BANGUNAN RUMAH
Anda boleh rujuk gambar coverage untuk bangunan rumah seperti dibawah. Letakkan harga untuk cover rumah anda contohnya RM400,000. Pastikan harga bangunan rumah sahaja! Bukan harga isi rumah.
Sekiranya rumah anda mengalami kerosakan seperti runtuh, pecah, hanyut dibawa arus banjir, pihak insurans akan membayar sehingga maksimum RM400,000.
COVERAGE UNTUK BARANG DALAM RUMAH
Apakah barang-barang dalam rumah? Ia merangkumi barang perabut, peralatan elektronik atau apa sahaja yang berada dalam rumah anda.
Contoh: Basikal dalam rumah, dicuri, terbakar atau sebagainya. Ia juga termasuk dalam coverage barang di dalam rumah.
Buat kira-kira secara kasar dan masukkan jumlah untuk diinsurankan.
CARA CLAIM INSURANS RUMAH
Sebenarnya mudah sahaja untuk claim insurans rumah yang rosak akibat bencana.
Caranya adalah seperti berikut;
- Hubungi agen insurans anda.
- Ambil gambar semua tempat terjejas seperti yang diminta agen
- Tak perlu report polis ya!
- Wang claim insurans akan dimasukkan ke akaun anda dalam tempoh tidak sampai 2 minggu.
BANTUAN-BANTUAN KEPADA MANGSA BANJIR
Terdapat beberapa bantuan-bantuan kepada mangsa banjir seperti berikut:
- Sumbangan RM1,000 Untuk Ketua Isi Rumah Di Selangor Terlibat Banjir
- Penggantian Kad Pengenalan, Pasport & Dokumen Peribadi Hilang/Rosak Akibat Banjir Secara Percuma!
- LPPSA Sediakan Pampasan Kerosakan Rumah Yang Terjejas Banjir & Ini Cara Permohonan
- Penangguhan Bayaran Pinjaman Maybank, Pengurangan Ansuran Bulanan Untuk Mangsa Banjir
- Jenis-Jenis Bantuan & Inisiatif Musibah Banjir Yang Diumumkan Perdana Menteri, Bantuan Wang Ihsan Sehingga RM1,000
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.