Apabila menyiapkan resume, pastinya tertanya-tanya sama ada perlu atau tidak meletakkan gambar berukuran pasport ke dalam resume.
Yang penting disini, masukkan maklumat berguna di dalam resume berbanding memikirkan memasukkan gambar atau tidak ke dalam resume anda.
Sekiranya anda ingin memasukkan gambar ke dalam resume, apakah caranya?
PENTING ATAU TIDAK LETAK GAMBAR DALAM RESUME?
Isi Kandungan
Sebenarnya perlu atau tidak meletakkan gambar di dalam resume adalah tidak penting dan ianya terpulang pada diri calon masing-masing.
- Jika calon beranggapan bahawa meletakkan gambar ke dalam resume merupakan pandangan pertama majikan terhadap calon, letakkan sahaja gambar anda pada resume.
- Seterusnya jika kerja anda berkaitan seperti penyambut tetamu atau modelling yang memerlukan majikan melihat wajah anda, letakkan sahaja gambar anda di dalam resume.
Tetapi pada masa ini, calon yang memohon kerja terus meletakkan gambar masing-masing kerana kebanyakan contoh resume, mereka meletakkan gambar pada bahagian atas resume sebelum meletakkan maklumat yang diperlukan.
Baca juga: 6 Tips Buat Resume Mudah Dapat Kerja. Sekali Majikan Baca, Terus Tertarik Ambil Korang Kerja!
GAMBAR YANG BOLEH DILETAKKAN DALAM RESUME
Gambar yang bagaimana boleh diletakkan dalam resume?
Jika anda hendak meletakkan gambar dalam resume, pastikan anda letak gambar seperti berikut:
- Gambar berukuran pasport dalam keadaan formal
- Berpakaian formal, cantik dan bersih
- Background kosong berwarna putih atau biru (digalakkan menggunakan background berwarna putih)
- Gambar mestilah jelas menunjukkan wajah anda
- Boleh diletakkan dibahagian tengah atau kiri atau kanan resume
- Mestilah gambar wajah anda yang terkini
- Boleh memakai tag nama pada blazer jika perlu
TIPS LAIN-LAIN MENULIS RESUME
Tips lain-lain untuk menulis resume pula adalah seperti berikut:
- Guna font yang senang dibaca, tidak perlu besar sangat dan tidak kecil sangat.
- Susun resume anda dengan betul agar tidak serabut untuk dibaca.
- Maksimum muka surat resume sebanyak 2 helai sahaja terutamanya untuk fresh graduate. Jangan terlalu panjang
- Buat resume dalam bentuk bullet dan jangan buat dalam bentuk karangan.
- Paling penting, save resume anda dalam bentuk PDF agar format dan alignment tidak lari dari asal bila dibuka terutamanya permohonan melalui emel.
Jangan lupa, buat cover letter apabila membuat permohonan kerja anda kerana ianya sangat penting dan ia adalah dokumen penting dalam permohonan pekerjaan.
Baca juga: Apa Yang Tidak Boleh & Apa Yang Boleh Dibuat Ketika Hantar Resume Kepada HR Melalui Emel?
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.