Harga Terkini Pakej Umrah Ditetapkan! Kumpul Duit Siap-Siap Kalau Nak Pergi Umrah Tahun Depan

Alhamdulillah kerana selepas ini jemaah dari Malaysia sudah boleh menunaikan ibadah umrah yang dijangka pada bulan Januari tahun 2021.

Ini adalah berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di Malaysia yang akan tamat pada 31 Disember 2021 dan memungkinkan pintu sempadan negara dibuka semula.

Berikutan itu, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) telah mengumumkan harga lantai baharu pakej umrah untuk jemaah Malaysia dan anda boleh dapatkannya disini.

SYARAT UMRAH

Kemungkinan kerajaan Arab Saudi membenarkan jumlah jemaah yang tidak begitu ramai dan kemungkinan menetapkan jemaah umrah:

  • Berumur antara 18 dan 60 tahun sahaja yang boleh mengerjakan ibadah umrah dari luar negara.

“Bagaimanapun, berdasarkan perbincangan saya dengan Duta Arab Saudi ke Malaysia (Mahmoud Hussein Saeed Qattan) pada Isnin lalu, setakat ini masih tiada kenyataan rasmi daripada kerajaan negara itu berhubung syarat untuk jemaah dari luar negara. Ia hanya disiarkan oleh media di sana saja, jadi kita masih menunggu.”

Pengerusi Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji Malaysia (PAPUH), Datuk Seri Razali Mohd Sham

HARGA TERKINI PAKEJ UMRAH

Berapa pula harga lantai terkini pakej umrah yang diumumkan oleh MOTAC?

Harga lantai terkini pakej umrah ialah:

  • RM6,900

Harga ini adalah besertakan pakej berikut:

  • 12 hari dan 10 malam
Nota: Harga lantai yang telah dipersetujui untuk mengerjakan umrah (RM4,900 sebelum ini)

SEBAB HARGA PAKEJ UMRAH NAIK

Nampaknya harga pakej umrah untuk tahun 2022 telah naik daripada sebelum ini adalah disebabkan peningkatan kos berikut:

  • Bilangan kapasiti di dalam bilik penginapan di Arab Saudi.
  • Kapasiti pergerakan pengangkutan yang membenarkan 50% dari jumlah kapasiti sebenar.
  • Pengurusan mutawif serta ujian swab Covid-19.

Tetapi harga lantai akan dikaji semula sekiranya keadaan kembali normal dan kekangan SOP tidak lagi dilaksanakan oleh pihak kerajaan Malaysia dan Arab Saudi.

PENETAPAN SYARAT PENGIKLANAN PAKEJ UMRAH

Oleh itu, syarikat yang membuat pakej umrah perlu mengikut syarat yang ditetapkan seperti berikut:

  • Selaras dengan Peraturan 6 (1A) (a), Akta Industri Pelacongan 1992 (Akta 482) yang mana menyatakan ‘Pengendali pelancongan berlesen tidak boleh mengiklankan pakej yang ditawarkan tanpa kelulusan Pesuruhjaya Pelancongan’.
  • Setiap iklan yang diluluskan akan diberikan Nombor Siri Khas Iklan umrah yang perlu dipaparkan di iklan-iklan yang akan dipromosi.
Nota: Wajib mana-mana syarikat yang dilesenkan untuk memohon kebenaran bagi mengiklankan promosi umrah.

Harga Terkini Pakej Umrah Ditetapkan! Kumpul Duit Siap-Siap Kalau Nak Pergi Umrah Tahun Depan

Selain itu, jemaah umrah juga akan berdepan dengan peningkatan kos berikut:

  • Peningkatan kos sekurang-kurangnya RM3,000, antaranya termasuk kos kuarantin selama 14 hari selepas pulang ke tanah air dan ujian swab COVID-19.

Jadi, diharap rakyat Malaysia yang ingin melakukan ibadah umrah tahun 2022, boleh membuat simpanan wang mulai sekarang dan dapat mengerjakan ibadah umrah dengan sempurna.

Baca juga: [Tabung Haji] Pembukaan Akaun Secara Maya (VAO). Mudah & Cepat, Tak Payah Tunggu Lama-Lama

SUMBER

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.