Macam Mana Nak Tahu Diskaun Bil Elektrik 10% PEMULIH? Jom Kira Guna Kalkulator Diskaun TNB Disini
Semua golongan masyarakat sedia maklum bahawa Kementerian Tenaga Dan Sumber Asli (KeTSA) hari ini memperincikan pemberian diskaun bil elektrik secara bersasar kepada pengguna domestik dan bukan domestik di Semenanjung dan Sabah yang diumumkan kerajaan dalam Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH).
Diskaun yang diberikan adalah sebanyak 10% dengan penggunaan elektrik di antara 301 hingga 600kWj bulanan bagi pengguna domestik.
Nak tahu jumlah diskaun yang anda perolehi? Sediakan bil elektrik anda dan jom kita mula kira sekarang.
Baca juga: Nak Dapatkan Diskaun Elektrik TNB Sebanyak 50% Selama 6 Bulan? Pastikan Anda Ikut Langkah Ini
TEMPOH DISKAUN ELEKTRIK
Isi Kandungan
Tempoh diskaun akan diberikan bagi bil elektrik pad bulan berikut:
- Julai
- Ogos
- September
Diskaun ini antara inisiatif bantuan menerusi pakej PEMULIH yang bernilai RM150 billion diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, untuk meringankan beban rakyat berikutan pendemik COVID-19.
KALKULATOR DISKAUN ELEKTRIK TNB PEMULIH
Untuk mendapatkan jumlah diskaun elektrik TNB Pemulih sebanyak 10%, klik pautan ini dan ikuti langkah-langkah yang dikongsikan:
- Kalkulator Diskaun Elektrik
- Jangan lupa sediakan bil elektrik anda ya!
- Seterusnya masukkan Kegunaan kWH pada bahagian Total Consumption (kWh)
- Masukkan Tempoh Bil pada bahagian Billing Cycle Start Date dan Billing Cycle End Date
- Seterunya klik Calculate Bill untuk ketahui diskaun yang anda perolehi.
- Maklumat diskaun dan lain-lain bayaran akan dipaparkan.
- Jumlah yang perlu dibayar adalah sebanyak RM142.36 seperti yang telah dipaparkan.
Mudah, bukan? Ada juga boleh membuat bayaran secara online melalui aplikasi MyTNB .
Lebih cepat, mudah dan semua maklumat berkaitan bil elektrik boleh anda dapati disini sahaja.
Baca juga: TNB Sediakan Kemudahan Selama 24 Jam Sepanjang PKP Melalui Portal TNB & MyTNB
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.