RM1,000 Skim Khairat Kematian, Skim Kafalah Mahabbah Zakat Pulau Pinang. Semak Cara Tuntutan Disini

Khairat kematian yang diwujudkan sedikit sebanyak membantu waris yang ditinggalkan kerana ia adalah satu kebajikan berupa sedekah atau derma buat waris.

Di Pulau Pinang, Zakat Pulau Pinang telah menyediakan khairat kematian buat mereka yang merupakan pembayar zakat dan penerima zakat untuk mencarum dalam Skim Kafalah Mahabbah.

Sekurang-kurangnya bantuan khairat kematian sebanyak RM1,000 dapat membantu waris yang ditinggalkan dan maklumat lanjut mengenai Skim Kafalah Mahabbah Zakat Pulau Pinang boleh didapati disini.

INFO RINGKAS KHAIRAT KEMATIAN

Khairat berasal daripada perkataan Bahasa Arab yang memberi maksud kebajikan di mana ia turut merangkumi derma, sedekah dan sebagainya. Sedekah atau derma ialah sumbangan ikhlas daripada seseorang untuk diberikan kepada seseorang yang lain.

Menurut Kamus Dewan, derma bermaksud sebagai bantuan yang berupa wang (kepada perkumpulan dan lain-lain), pemberian yang ikhlas dan sedekah (kepada orang miskin dan lain-lain). Sedekah pula bermaksud pemberian kepada fakir miskin dan lain-lain (dengan ikhlas). Manakala khairat diertikan sebagai kebajikan, derma atau sedekah.

Penggunaan istilah pungutan khairat ini telah diguna pakai sejak sekian lama di Malaysia, contohnya dalam Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 1952 dan Undang-Undang Pentadbiran Ugama Islam (Negeri Perak) 1965.

TUJUAN SKIM KAFALAH MAHABBAH

Skim ini merupakan sumbangan ikhlas dari Zakat Pulau Pinang untuk diberikan kepada waris-waris (a) pembayar zakat yang membayar zakat harta di Zakat Pulau Pinang dan (b) penerima bantuan bulanan zakat, apabila berlaku kematian. Kelayakan permohonan dan penerima skim ini adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang telah ditetapkan.

Baca juga: Khairat Kematian: Ini 11 Senarai Yang Anda Perlu Ambil Tahu

2 KATEGORI PENERIMA RM1,000 KHAIRAT KEMATIAN, SKIM KAFALAH MAHABBAH 

Terdapat 2 kategori penerima RM1,000 Khairat Kematian Skim Kafalah Mahabbah iaitu:

  • Kategori 1: MUZAKKI (Pembayar Zakat Harta)
  • Kategori 2: MUSTAHIK (Penerima Bantuan Zakat Bulanan)

JUMLAH BANTUAN

Jumlah bantuan yang akan diterima waris adalah sebanyak:

  • RM1,000

Kaedah bayaran adalah secara pemindahan wang secara elektronik (EFT).

KELAYAKAN PENERIMA RM1,000 KHAIRAT KEMATIAN, SKIM KAFALAH MAHABBAH

Kelayakan penerima RM1,000 khairat kematian Skim Kafalah Mahabbah adalah mengikut kategori seperti berikut:

MUZAKKI (Pembayar Zakat Harta)

  • 12 bulan dari tarikh terakhir zakat dibayar
  • Mempunyai rekod bayaran zakat harta kecuali zakat fitrah di Zakat Pulau Pinang pada tahun kematian atau sebelum tahun kematian.
  • Bayaran zakat minimum adalah sebanyak RM100 setahun.
  • Mana-mana pemohon berikut sama ada balu, duda, anak, ibu/bapa, ahli keluarga, anak angkat (yang sah disisi undang-undang atau pihak ketiga (NGO/organisasi/badan-badan kebajikan berdaftar) yang didaftarkan oleh pembayar zakat sebagai penama dalam skim ini.

MUSTAHIK (Penerima Bantuan Zakat Bulanan)

  • Mempunyai rekod dalam daftar senarai penerima bantuan bulanan Zakat Pulau Pinang pada tahun kematian atau sebelum tahun kematian.
  • Tempoh masa kelayakan pemohona pula adalah dalam tempoh 24 jam bulan dari tarikh/tahun nama si mati disenaraikan dalam Daftar Penerima Bantuan Bulanan Zakat.
  • Mana-mana pemohon berikut sama ada balu, duda, anak, ibu/bapa, ahli keluarga, anak angkat (yang sah disisi undang-undang atau pihak ketiga (NGO/organisasi/badan-badan kebajikan berdaftar) yang didaftarkan oleh pembayar zakat sebagai penama dalam skim ini.

SYARAT TUNTUTAN

Syarat tuntutan khairat kematian adalah seperti berikut:

  • Tempoh sahlaku mengemukakan kematian mestilah 12 bulan dari tarikh kematian.
  • Tempoh proses bayaran pula adalah selama  14 hari bekerja dari tarikh kelulusan

CARA MEMBUAT TUNTUTAN

Untuk membuat tuntutan khairat kematian RM1,000 Skim Kafalah Mahabbah anda dikehendaki muat turun borang permohonan terlebih dahulu:

  • Isikan maklumat si mati dan pemohon dengan betul dan lengkap.
  • Lengkapkan permohonan anda dengan serahkan bersama dokumen sokongan yang diperlukan.

DOKUMEN SOKONGAN

Dokumen sokongan yang diperlukan untuk melengkapkan permohonan anda ialah:

  • Borang permohonan
  • Sijil kematian asal dan salinan
  • Salinan kad pengenalan si mati (Jika ada)
  • Kad pengenalan/Sijil Pendaftaran pemohon (Penama) asal dan salinan
  • Sokumen hubungan antara pemohon dengan si mati (Sijil asal dan salinan)
  • Surat pengakuan sumpah bagi pemohon kategori pihak ketiga
  • Salinan muka surat nombor akaun bank atau salinan penyata akaun bank pemohon
  • Surat pengesahan sebagai penama jika perlu

Serahkan borang permohonan di:

Kaunter Ibu Pejabat Utama Zakat Pulau Pinang
No.4, Jalan Perda Selatan,
Bandar Perda, 14000Bukit Mertajam,
Pulau Pinang

May be an image of 1 person and text that says 'ZAKAT PULAU PINANG SKIM KAFALAH MAHABBAH Zakat Pulau Pinang Imam Muda Asyraf Skim Khairat Kematian tabung sumbangan ikhlas yang diberikan kepada waris pembayar zakat (Muzakki) dan waris penerima bantuan zakat bulanan (Mustahik) layak menerima RM1,000.00. Syarat kelayakan: i. Pembayar zakat (Muzakki) yang membayar zakat harta dengan kadar minimum sebanyak RM100.00 setahun. ii. Merupakan penerima bantuan zakat bulanan (Mustahik). "Amanah Ummah Dijaga, Hak Asnaf Dibela" zakatpenang'

Baca juga: Cara Mohon Bantuan Khas Pengurusan Kematian Covid-19 NADMA Sehingga RM5,000 Kepada Waris Pesakit

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Dapatkan maklumat lanjut mengenai khairat kematian  Skim Kafalah Mahabbah Pulau Pinang di talian berikut:

  • 04-5498088
You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.