Cara Mohon LPPSA i-Prihatin, Perlindungan Untuk Pelanggan Status Aktif Dengan Perlindungan Kewangan Tambahan Sehingga RM100,000
Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) telah memperkenalkan Program LPPSA i-Prihatin sehingga RM100,000 kepada pelanggan yang berstatus aktif.
Program LPPSA i-Prihatin ini akan dikuatkuasakan mulai 10 Julai 2021 dan pelanggan boleh membuat permohonan secara online melalui pautan laman web rasmi yang akan dikongsikan sebentar nanti.
Dapatkan info sepenuhnya mengenai Program LPPSA i-Prihatin melalui perkongsian ini.
Baca juga: Pindah Rumah Pun Ada Elaun Dari LPPSA. Penjawat Awam, Alert & Manfaatkan Kemudahan Ini
INFO RINGKAS LPPSA i-PRIHATIN
Isi Kandungan
Program LPPSA i-Prihatin ini merupakan kerjasama antara:
- LPPSA dan panel Insurans / Takaful Am LPPSA
Program LPPSA i-Prihatin ini juga memberi pilihan kepada pelanggan untuk memiliki perlindungan tambahan selain perlindungan Insurans / Takaful Mortgage Reducing Term Assurance / Takaful yang telah diluluskan bersama-sama pembiayaan perumahan sektor awam sebelum ini.
BAYARAN PREMIUM
Melalui Program LPPSA i-Prihatin, pelanggan layak untuk memohon Perlindungan Kemalangan Diri Berkelompok (GPA) dengan bayaran premium sebanyak:
- RM100 setahun
Malah, pelanggan juga akan menikmati perlindungan kewangan tambahan untuk kematian dan kecacatan anggota badan (kekal penuh atau separa kekal) disebabkan kemalangan bernilai:
- RM100,000
MANFAAT LPPSA i-PRIHATIN
Antara manfaat Program LPPSA i-Prihatin ialah:
- Kematian / keilatan menyeluruh dan kekal akibat kemalangan, keilatan separuh dan kekal akibat kemalangan, jumlah perlindungan tambahan untuk kematian / keilatan menyeluruh dan kekal akibat kemalangan semasa melancong di luar negara dan di dalam pengangkutan awam.
- Perbelanjaan pengebumian akibat kemalangan, perbelanjaan penghantaran pulang jenazah akibat kemalangan, Badal Haji, perbelanjaan pemulihan akibat kemalangan, perbelanjaan perubatan akibat kemalangan serta bayaran ambulans.
-
Elaun kecederaan akibat diragut, elaun penyembuhan denggi, perlindungan akibat rompakan ATM dan pendapatan harian hospital akibat kemalangan (maksimum 100 hari setahun).
CARA MOHON LPPSA i-PRIHATIN
Permohonan perlindungan GPA boleh dibuat melalui pautan berikut:
Baca juga: Cara Mohon Skim Perumahan Mampu Milik Penjawat Awam (PPAM)
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Sebarang pertanyaan lanjut boleh dikemukakan melalui Portal Pertanyaan/ Aduan Rasmi LPPSA:
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.