Setelah KWSP mengumumkan bahawa syarat permohonan pengeluaran wang dari Akaun 1 dimansuhkan, orang ramai yang telah membuat permohonan menarik nafas lega dan akhirnya 2 Mac yang lalu, sudah ramai pemohon telah menerima wang ke dalam akaun bank masing-masing.
Pembayaran wang telah dilakukan secara berperingkat bermula 2 Mac dan para pemohon boleh membuat semakan status bayaran melalui Portal iSinar KWSP sahaja.
Rujuk: iSinar Kategori 2 Mulai Dibayar 2 Mac 2021. Semak Tarikh Bayaran Anda Sekarang
Malahan, untuk membantu proses bayaran iSinar tanpa syarat berjalan dengan lancar dan dibayar dengan segera kepada pemohon, pembayaran iLestari dan iSinar Kategori 1 bagi bulan 3 juga telah diawalkan pada hujung Februari 2021.
PERMOHONAN iSINAR KATEGORI 2 STATUS ‘TIDAK BERJAYA’
Isi Kandungan
Bagi mereka yang membuat permohonan iSinar Kategori 2 sebelum 25 Februari 2021 dan mendapati status permohonan anda adalah tidak berjaya, anda boleh membuat permohonan semula.
TARIKH PERMOHONAN SEMULA iSINAR STATUS ‘TIDAK BERJAYA’
Tarikh untuk membuat permohonan semula iSinar Tanpa Syarat bermula pada:
- 8 Mac 2021 berdasarkan kelayakan*.
PENAMBAHBAIKAN iSINAR TANPA SYARAT
Mulai 8 Mac 2021, kelayakan permohonan kemudahan i-Sinar akan ditambah baik iaitu:
- Ahli KWSP (termasuk Pemastautin Tetap dan Bukan Warganegara)
- Berumur di bawah 55 tahun
- Mempunyai baki simpanan di dalam Akaun 1 sekurang-kurangnya RM150
Bagi memudahkan dan mempercepatkan urusan pemprosesan permohonan dan pembayaran i-Sinar, Ahli KWSP amat digalakkan untuk memohon bermula 8 Mac 2021.
CARA MEMBUAT PERMOHONAN iSINAR BAGI STATUS ‘TIDAK BERJAYA’
Untuk membuat permohonan status ‘Tidak Berjaya’ masih sama dengan yang lama. Cuma anda tidak perlu lagi mengemukakan sebarang dokumen seperti mana permohonan Kategori 2.
Caranya ialah:
Rujuk: iSinar Boleh Dipohon Tanpa iAkaun. Lebih Mudah & Cepat
TARIKH AKHIR MOHON iSINAR
Anda boleh memohon iSinar sehingga:
- 30 Jun 2021
Rujuk: Permohonan iSinar Tamat Pada 30 Jun 2021. Rancang Permohonan Anda
INFO LANJUT & PERTANYAAN
Sebarang pertanyaan mengenai permohonan semula i-Sinar KWSP status ‘TIDAK BERJAYA’ sila hubungi pihak KWSP di:
- Telefon: 03-8922 6000
- Laman web: https://www.kwsp.gov.my/
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.