Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuantan melalui Jabatan Tenaga Manusia membuat pengambilan pelajar baru bagi Sesi 2/2021 dan permohonan adalah secara online sahaja.
Anda akan mendapat pelbagai jenis manfaat dan faedah sekiranya membuat pendaftaran untuk menyertai Jabatan Tenaga Manusia untuk mengikuti pengajian di ILP, Kuantan.
Dapatkan cara membuat pendaftaran di ILP untuk ambilan pelajar baru bagi Sesi 2/2021 seperti yang dikongsikan disini.
Baca juga: Permohonan Masuk Matrikulasi Lepasan SPM Sesi 2020,PISMP & PPC Dibuka. Semak Cara Mohon Disini
TARIKH PERMOHONAN PELAJAR BARU ILP KUANTAN SECARA ONLINE
Isi Kandungan
Permohonan pelajar baru ILP Kuantan secara online bermula:
- 22 Februari 2021 hingga 26 April 2021
Kemasukan adalah pada bulan Julai 2021.
KEMUDAHAN SAMBUNG PENGAJIAN DI ILP
Antara kemudahan yang diperolehi ketika menyambung pengajian di ILP ialah:
Program Sijil
- Yuran pengajian*
- Penginapan*
- Makan dan minum*
- Elaun bulanan RM100
Nota:* Percuma diberikan kepada pelajar
Program Diploma
- Kemudahan Pinajaman Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK)
- Yuran pengajian*
- Penginapan*
- Makan dan minum*
- Elaun bulanan RM300
Nota:* Percuma diberikan kepada pelajar OKU sahaja
SYARAT KEMASUKAN
Semak syarat kemasukan ke ILP Kuantan sebelum anda membuat permohonan seperti berikut:
- Warganegara Malaysia
- Umur antara 18 hingga 35 tahun
- Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
- Mempunyai sijil berhenti sekolah
SUBJEK YANG DITAWARKAN
Antara subjek yang ditawarkan mengikut jabatan ialah:
Jabatan Mekanikal & Pengeluaran
- Sijil Teknologi Kimpalan
- Sijil Teknologi Fabrikasi Struktur Logam (Minyak dan Gas)
- Sijil Penyenggaraan Mekanikal
Jabatan Rekabentuk & Pembuatan
- Sijil Teknologi Pembuatan (Pemesinan)
- Sijil Teknologi Pembuatan (Perkakasan-Die)
- Sijil Teknologi CADD Senibina
Jabatan Elektrik & Elektronik
- Sijil Teknologi Elektrik (PW4)
- Sijil Teknologi Komputer (Sistem)
- Sijil Teknologi Mekatronik
CARA MEMBUAT PERMOHONAN
Untuk membuat permohonan, sila klik:
- Pilih sama ada LEPASAN SPM atau LEPASAN SKM/ST.
- Masukkan No. Kad Pengenalan dan tekan SETERUSNYA.
- Isi semua maklumat permohonan. Ruangan bertanda (*) WAJIB diisi
- Klik DISAHKAN BENAR dan klik HANTAR PERMOHONAN untuk lengkapkan permohonan.
- Klik OK untuk selesaikan permohonan.
- Pastikan permohonan anda telah diterima oleh sistem
- Kemaskini permohonan dan hantar permohonan anda.
Baca juga: Cara Mohon Program Penajaan Pengajian Tertiari (TESP 2021) MARA
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai pendaftaran pengambilan pelajar baru ILP secara online, sila hubungi Jabatan Tenaga Manusia di:
- Telefon: 03-8886 5555
- Faks: 03-8889 2417
- Laman web: http://www.jtm.gov.my
- Facebook: https://www.facebook.com/jtmksm
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.