Semenjak kelonggaran merentas negeri dan merentas negara telah diumumkan, pelbagai urusa yang melibatkan perjalanan juga telah dibuka untuk permohonan.
Untuk pengetahuan anda juga, terdapat 3 jenis pas yang boleh dibuat permohonan secara online melalui laman rasmi Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).
Seterusnya anda boleh membuat permohonan lanjutan pas seperti yang dikongsikan disini.
3 KATEGORI PAS PERMOHONAN LANJUTAN ONLINE
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) membenarkan 3 kategori pas ini sahaja untuk dibuat permohonan lanjutan secara online. Pas tersebut ialah;
- Pas Pasangan kepada warganegara Malaysia
- Pas Lawatan Sosial Jangka Panjang
- Pas Lawatan Ikhtisas
CIRI-CIRI PERKHIDMATAN PERMOHONAN LANJUTAN PAS SECARA ONLINE
Ciri-ciri perkhidmatan permohonan lanjutan pas secara atas talian ialah:
- Permohonan atas talian
- Semakan atas talian
- Pembayaran atas talian
- Mudah dengan 4 cara sahaja iaitu mohon-lulus-bayar-pengesahan
![[Imigresen] 3 Pas Ini Boleh Buat Permohonan Lanjutan Secara Online. Semak Cara Mohon Disini](https://kini.my/wp-content/uploads/2021/10/pas-online.jpeg)
Baca juga: Permohonan Pembantu Rumah Asing Melalui Sistem Maid Online (SMO)
CARA MOHON
Untuk membuat permohonan lanjutan pas pula, sila layari pautan berikut:
- http://www.imi.gov.my/
- Pilih kategori permohonan, lengkapkan borang dan muat naik dokumen yang diperlukan.
- Tunggu semakan permohonan oleh Pegawai Imigresen.
- Pemohon akan menerima emel dalam tempoh 3 hari waktu bekerja atau membuat semakan status permohonan di portal.
- Pemohon perlu membuat bayaran secara online diportal bayaran Jabatan Imigresen yang ada pada laman web.
- Akhir sekali, hadir ke pejabat Imigresen Malaysia bersama dokumen asal untuk urusan penerimaan pelekat.
![[Imigresen] 3 Pas Ini Boleh Buat Permohonan Lanjutan Secara Online. Semak Cara Mohon Disini](https://kini.my/wp-content/uploads/2021/10/pas2.jpeg)
Baca juga: [MyOnline Pasport] Renew Pasport Secara Online. Rupanya Lebih Mudah & Pantas!
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai permohonan lanjutan 3 pas secara online, sila ajukan persoalan anda di: