Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Program Perantisan: RM1,000 Bantuan Untuk Belia Berumur 18 Hingga 30 Tahun. Semak Syarat Kelayakan & Cara Daftar

6,598

Walaupun insentif kepada belia yang tidak bekerja sebanyak RM1,000 telah lama diumumkan, namun setiap belia boleh mendapatkan bantuan tersebut dengan membuat pendaftaran melalui portal PenjanaKerjaya.

Malahan bagi membantu dan menggalakkan penganggur meningkatkan kemahiran, elaun latihan sehingga RM4,000 boleh dituntut daripada Perkeso oleh mereka yang hilang pekerjaan, meskipun mereka bukan pencarum di bawah Skim Insurans Pekerjaan.

Semak syarat kelayakan disini dan buat pendaftaran untuk mendapatkan bantuan sebanyak RM1,000 melalui Program Perantisan PenjanaKerjaya 2.0.

Baca juga: Syarat & Cara Mohon SIP Prihatin PERMAI Sehingga 9 Bulan

OBJEKTIF PROGRAM PERANTISAN RM1,000 BANTUAN BELIA

Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran belia dalam alam pekerjaan melalui latihan on-the-job-training bagi meningkatkan kebolehpasaran mereka.

TARIKH MOHON

Bermula pada:

  • 1 Januari 2021 sehingga 30 Jun 2021

SYARAT KELAYAKAN PROGRAM PERANTISAN RM1,000 BANTUAN BELIA

Syarat kelayakan untuk mengikuti Program Perantisan RM1,000 bantuan belia adalah seperti berikut:

  • Lepasan sekolah/graduan berumur 18 hingga 30 tahun.
  • Calon masih menganggur dan tidak mempunyai pekerjaan yang tetap.
  • Calon mengikuti mana-mana Program Perantisan yang berdaftar di mana-mana syarikat dan badan-badan berkanun.

Manakala mereka yang tidak layak untuk mengikuti program ini adalah:

  • Pelajar menjalani Latihan Industri (Internship).
  • Pelajar yang masih belum tamat pengajian.
  • Bukan warganegara

INSENTIF PERANTISAN

Insentif perantisan yang disediakan untuk belia adalah seperti berikut:

  • Bayaran RM1,000 kepada majikan yang mengambil lepasan sekolah dan graduan bagi Program Perantisan.
  • Tempoh bayaran adalah selama 3 bulan dengan syarat kontrak perkhidmatan minimum 3 bulan.
  • Gaji/elaun minimum adalah RM1,200 sebulan.
  • Majikan boleh memohon hanya 1 kursus latihan untuk perantis dengan kos maksimum RM4,000.
  • Pekerja juga layak menerima elaun kesediaan kerja/bantuan.

CARA DAFTAR

Kepada anda di sini yang berminat boleh terus buat buat memohon di link pautan ini, https://penjanakerjaya.perkeso.gov.my/index.php

KELEBIHAN PROGRAM PERANTISAN RM1,000 BANTUAN BELIA

Kelebihan yang diperolehi selain daripada RM1.00 ialah:

  • Bantuan ini memberikan peluang kepada kalangan penganggur / individu belum bekerja lagi untuk mendapatkan pengalaman bekerja
  • Meningkatkan kualiti dan mutu kerja anda

Program Perantisan: RM1,000 Bantuan Untuk Belia Berumur 18 Hingga 30 Tahun. Semak Syarat Kelayakan & Cara Daftar

Baca juga: Cara Mohon TUNS PLUS Pembiayaan Sehingga RM15,0000 Untuk Usahawan Mikro Negeri Sembilan. Mohon Online Lebih Cepat

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang pertanyaan lanjut boleh dikemukakan melalui Pegawai perkhidmatan Pelanggan PERKESO:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...