Apabila sesi persekolahan dibuka, ibu bapa atau penjaga yang paling risau kerana memikirkan keselamatan anak-anak ketika pembelajaran dilakukan.
Bagi ibu bapa yang ingin menghantar anak-anak ke TASKA, jangan risau kerana pemilik TASKA perlu mematuhi syarat pengoperasian yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).
Apakah syarat-syarat yang ditetapkan? Semak sini dan ibu bapa boleh jadikan rujukan sebelum menghantar anak-anak ke TASKA.
TARIKH BUKA SEKOLAH
Isi Kandungan
Mungkin ibu bapa sudah maklum bahawa sesi persekolahan telah bermula pada 3 Oktober 2021 mengikut Fasa PPN.
Pembukaan sekolah juga akan dilaksanakan secara berperingkat mengikut Fasa PPN setiap negeri seperti berikut:
FASA 1
- Semua institusi pendidikan ditutup
- Semua aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara PdPR sahaja
FASA 2
- Semua institusi pendidikan ditutup
- Semua aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara PdPR sahaja
Hanya kelas peperiksaan boleh ke sekolah
FASA 3
- Semua institusi pendidikan dibuka institusi di bawah KPM dibuka secara berperingkat, tertakluk kepada ketetapan KPM dan penilaian risiko
FASA 4
- Semua institusi pendidikan dibuka sepenuhnya, tertakluk kepada penilaian risiko semasa.
SYARAT-SYARAT PENGOPERASIAN TASKA
Apa pula syarat-syarat pengoperasian TASKA yang perlu dipatuhi oleh pengusaha TASKA?
Ini syarat-syaratnya yang anda semua perlu tahu:
- TASKA/Pusat Jagaan Harian hendaklah sah tempoh pendaftaran dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
- Sentiasa mematuhi SOP Pelan Pemulihan Negara (PPN) iaitu Penduan Pencegahan Penularan Covid-19 Pasca Perintah Kawalan Pergerakan Bagi Keselamatan Warga Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) dan Sektor Penjagaan Sosial yang dikeluarkan oleh KPWKM.
- Mendapat kebenaran beroperasi daripada Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri.
- Memastikan pengusaha, guru dan kaktangan TASKA telah mendapat vaksin lengkap.
Jadi, ibu bapa atau penjaga tidak perlu risau lagi dengan tahap keselamatan anak-anak yang akan dihantar ke TASKA yang berdekatan.
Sudah pastinya pengusaha dan tenaga pengajar mematuhi setiap syarat yang ditetapkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) sebelum memulakan operasi.