Tarikh Bayaran Bantuan Bulanan JKM Bagi Bulan Mac 2021. Semak Bayaran Disini

Berikutan terdapat pelbagai jenis bantuan yang disalurkan serta untuk membantu orang ramai terutamanya pemohon iSinar KWSP Kategori 2, pihak kerajaan telah mempercepatkan bayaran iSinar dan iLestari bagi bulan Mac ke hujung bulan Februari secara berperingkat.

Rujuk: Pembayaran iSinar & iLestari Bulan Mac Diawalkan Bermula 22 Februari Ini

Selain daripada itu, dividen KWSP juga telah diumumkan mengikut 2 jenis simpanan iaitu Simpanan Konvensional dan Simpanan Shariah. Semak jumlah dividen KWSP bagi Tahun 2020 di:

Sekarang, mari kita lihat pula tarikh untuk bayaran bulan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk 2 kategori skim bantuan.

TARIKH BAYARAN BANTUAN BULANAN JKM BULAN MAC 2021

Tarikh pembayaran bantuan bulanan adalah mengikut jenis skim iaitu:

1. SKIM BOT, BTB, EPC, BKK, BPT

  • Bantuan Orang Tua
  • Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja
  • Elaun Pekerja Cacat
  • Bantuan Kanak-Kanak
  • Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/Pesakit Kronik Terlantar

Ialah pada:

  • 9 dan 10 Mac 2021

2. SKIM BANTUAN AM

Untuk skim Bantuan Am pula dijadualkan pembayaran pada:

  • 24 dan 25 Mac 2021

JUMLAH BAYARAN BANTUAN BULANAN JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT

Berikut adalah jumlah bayaran bulanan mengikut kategori penerima:

  • Bantuan Kanak-Kanak (BKK) : RM150 – RM1,000
  • Elaun Pekerja Cacat (EPC) : RM450
  • Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB) : RM300
  • Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/Pesakit Kronik Terlantar (BPT) : RM500
  • Bantuan Orang Tua (BOT) : RM500
  • Bantuan Am Persekutuan (BA) : RM100
  • Bantuan Anak Pelihara (BAP) : RM250 – RM500
  • Bantuan Latihan Perantis (BAP) : RM200

Rujuk: JKM: Tarikh Bayaran Bantuan Bulanan & Semakan Pembayaran

CARA MEMBUAT SEMAKAN BAYARAN BANTUAN BULANAN JKM

Anda boleh membuat semakan bayaran bantuan bulanan JKM secara online sahaja seperti berikut:

  • Klik www.www.jkm.gov.my untuk semakan bayaran bulanan JKM.
  • Kemudian LOG MASUK dan buat semakan bayaran.
  • Jika bayaran telah dikreditkan, check wang anda di akaun bank secara online (Sekiranya ada, terus ke bank dan ambil wang anda).

CARA MOHON BANTUAN BULANAN JKM

Dapatkan cara untuk mohon serta syarat kelayakan di pautan berikut:

CARA DAFTAR & KEMASKINI BANTUAN JKM

Tarikh Bayaran Bantuan Bulanan JKM Bagi Bulan Mac 2021. Semak Bayaran Disini

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Anda boleh berhubung dengan bantuan JKM, sila hubungi Pejabat JKM negeri atau ibu pejabat di saluran berikut:

    • Jabatan Kebajikan Masyarakat
      Aras 6, 9-18
      No 55, Persiaran Perdana,
      Presint 4,
      62100 Putrajaya
    • Telefon : 03 – 8000 8000
    • Faks : 03 – 8323 2045
    • Emel : Maklum Balas (ISPAAA)
You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.