Terdapat pelbagai cara untuk mengelakkan daripada dokumen kad pengenalan anda disalahgunakan oleh orang lain yang tidak bertanggungjawab.
Oleh itu, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) telah menasihatkan orang ramai untuk membuat palang atau membuat watermark pada salinan kad pengenalan sebelum menghantarnya kepada individu tertentu.
Malahan, anda boleh menggunakan apps pada smartphone anda sahaja untuk membuat palang atau watermark seperti mana yang telah dikongsikan ini.
PERINGATAN DARIPADA JPN
Isi Kandungan
JPN melalui Facebook mereka telah mengingatkan orang ramai untuk membuat palang atau watermark pada salinan ic masing-masing sebelum menghantarnya kepada syarikat atau individu untuk urusan anda.
CARA BUAT WATERMARK DARI SMARTPHONE
Untuk membuat watermark dari smartphone anda, mudah sahaja dan ikut langkah-langkah berikut:
Imbas Kad Pengenalan
- Anda boleh menggunakan aplikasi ApnaScan bagi telefon android atau terus ambil gambar dari smartphone anda.
- Jika menggunakan ApnaScan, anda hanya boleh mengambil gambar kad pengenalan anda dengan mengisi framing gambar.
- APP akan meminta anda menyunting kedudukan 4 penjuru dokumen. Di sinilah anda boleh perbetulkan sudut gambar dokumen.
- Klik SAVE dan klik SHARE. Seterusnya klik SAVE IMAGE TO GALLERY.
Buka Apps Snapseed
- Seterusnya anda buka aplikasi Snapseed.
- Buka gambar salinan ic dan telah disimpan pada SAVE IMAGE TO GALLERY.
- Klik pada TOOLS dan cari TEXT.
- Untuk meletakkan ayat pada TEXT, klik dua kali atau double tap untuk meletakkan ayat watermark anda pada salinan ic.
- Klik EXPORT dan SAVE. Salinan ic anda yang lengkap dengan watermark akan disimpan di dalam folder Snapseed anda.
APLIKASI LAIN EDIT WATERMARK
Terdapat aplikasi lain yang boleh anda gunakan untuk membuat watermark pada ic dan dokumen anda iaitu:
- PicsArt Photo Editor
- Pixlr
- Airbrush
- Photo Lab
- PhotoDirector
- Canva
Selamat mencuba ya!
Baca juga: Cara Mohon Program KerjayaGIG PEMULIH, RM600 Untuk Pekerja Sehingga 6 Bulan, RM200 Kepada Majikan
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.