Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Slot Kelas KAFA Bakal Ditayangkan Di Televisyen Ganti Kelas KAFA Bersemuka

1,377

Jika sebelum ini semua pembelajaran bermula dari Tadika sehingga IPT perlu mengikuti pengajian secara online atau PdPR, kali ini, Kelas KAFA juga bakal mengkuti jejak langkah yang sama iaitu Slot Kelas KAFA untuk anak-anak akan ditayangkan di kaca televisyen.

Malah, Slot Kelas KAFA melalui televisyen ini boleh diikuti seisi keluarga tanpa sebarang masalah. Langkah ini diambil berikutan pengisytiharan pelaksanaan PKP 2.0 yang melibatkan seluruh negeri kecuali Sarawak.

Ia menyebabkan Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) terpaksa ditangguhkan untuk seketika untuk mengekang penularan wabak Covid-19 mengjangkiti pelajar sekolah.

SLOT KAFA DI TV PENDIDIKAN TV ALHIJRAH

Menurut Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri melalui laman Twitternya, inisiatif ini bertujuan untuk:

  • Membantu dan mengurangkan kerisauan para ibu bapa tentang kelas KAFA ini.

Jadi, melalui TV Pendidikan TV AlHijrah, SLOT KAFA disediakan untuk menggantikan Kelas KAFA secara bersemuka.

Untuk pengetahuan anda, Slot KAFA ini akan dilaksanakan agensi di bawah kementeriannya melalui kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (JAWI) serta TV AlHijrah.

BOLEH DIMANFAATKAN SEMUA GOLONGAN

Slot KAFA yang ditayangkan di televisyen ini boleh dimanfaatkan semua golongan kerana bukan anak-anak sahaja yang boleh mempelajari ilmu agama di rumah, malah orang dewasa juga boleh memanfaatkan Slot KAFA yang akan ditayangkan nanti.

Slot Kelas KAFA Bakal Ditayangkan Di Televisyen Ganti Kelas KAFA Bersemuka

MASA SIARAN SLOT KAFA TV PENDIDIKAN

Menurut TV AlHijrah, slot pendidikan KAFA akan disiarkan seperti berikut:

  • Setiap hari (Isnin – Ahad)
  • Pada jam 4.30 petang
  • Siaran ulangan setiap hari pada jam 6.30 petang

Pembahagian slot pengajian adalah seperti berikut:

  • Isnin: Akidah dan Ibadah
  • Selasa: Sirah
  • Rabu: Pendidikan Jawi dan Khat
  • Khamis: Pendidikan Adab
  • Jumaat: Pengajian Lughatul Quran
  • Sabtu: Penghayatan Cara Hidup Islam
  • Ahad: Amali Solat dan Bidang Quran

MEMBANTU PELAJAR KUMPULAN B40 & TIDAK MAMPU

Inisiatif Slot KAFA menerusi televisyen ini sekurangnya dapat memabntu pelajar dari kumpulan B40 dan tidak mampu untuk membeli data internet bagi tujuan pembelajaran serta mereka yang mempunyai masalah capaian internet yang terhad.

Baca juga: Tab Percuma Untuk Pelajar, Hubungi Ustaz Ebit Lew Dengan Segera

SUMBER

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...