7 Jenis Bantuan Bentuk Makanan Kepada Asnaf Melalui Food On The Asnaf Table MAIWP, Hubungi MAIWP & Dapatkan Bantuan Yang Diperlukan
Tempoh pelaksanaan PKP 3.0 bagi Fasa 1 telah dilanjutkan bermula 29 Jun sehingga 12 Juali 2021 ini.
Pengumuman ini telah memberikan pelbagai reaksi lapisan masyarakat kerana ia telah menyebabkan ramai yang terjejas pendapatan akibat pelaksanaan PKP 3.0.
Oleh itu, MAIWP telah menyediakan pelbagai bentuk bantuan kepada golongan yang memerlukan terutamanya bantuan makanan melalui satu program iaitu Food On The Asnaf Table melalui 7 kaedah saluran.
Apakah 7 kaedah saluran Food On The Asnaf Table MAIWP tersebut?
FOOD ON THE ASNAF TABLE
Isi Kandungan
Memahami golongan asnaf memerlukan bantuan selain wang ringgit, MAIWP juga menyediakan bantuan dalam bentuk makanan dan bantuan lain seperti berikut:
- MAIP Food Truck
- Gerobok Rezeki MAIWP
- Agihan Bungkusan Kepada Asnaf Wilayah Persekutuan
- Skuad Jejak Asnaf Baitulmal MAIWP Menyantuni Asnaf di Wilayah Persekutuan
- Program Dapur It’am
- MAIWP Food Rider
Anda yang sangat memerlukan bantuan dan berada di Wilayah Persekutuan boleh terus menghubungi pihak MAIWP melalui pelbagai medium yang telah disediakan.
CARA HUBUNGI MAIWP
Golongan yang memerlukan bantuan boleh menghubungi MAIWP di saluran berikut:
- Telefon: 03-4047 9444
- Twitter: https://twitter.com/maiwphq
- Instagram: https://instagram.com/hqmaiwp/
- Facebook: https://www.facebook.com/maiwphq
BANTUAN SEPANJANG PKP 3.0
Berikutan pandemik Covid-19 yang semakin hari semakin meruncing, MAIWP telah melancarkan pelbagai jenis bentuk bantuan sebelum ini seperti:
1. MAIWP: Permohonan Skim Bantuan Am Persekolahan Baitulmal 2021
Program ini adalah bantuan persekolahan anak-anak asnaf sekoalh rendah dan menengah untuk membayar yuran keperluan persekolahan dan telah ditutup pada 26 Februari yang lalu.
2. MAIWP: Pilih & Pulang Kasih Asnaf Back To School. Tak Perlu Bayar, Percuma Sahaja
Bantuan ini juga disediakan kepada pelajar sekolah rendah dan sekolah rendah dan bantuan adalah berbentuk penebusan seperti pakaian sekolah yang lengkap di kedai terpilih sahaja.
Permohonan bantuan ini telah ditutup pada 30 April 2021 yang lalu.
3. Bantuan Usahawan Musa’adah Tijariyyah MAIWP 2021
Musa’adah Tijariyyah bermaksud bantuan untuk tujuan perniagaan yang mana MAIWP akan membantu penerimanya dengan menyalurkan bantuan modal kerja daripada dana zakat.
Permohonan bantuan ini telah tamat pada 5 April 2021.
4. Bantuan Kecemasan Zakat Khas MAIWP RM500 Seorang One Off Secara Berperingkat Mulai 15 Jun 2021
Bantuan Kecemasan Zakat Khas MAIWP 3.0 dibuka untuk membantu golongan B40 yang terjejas pendapatan susulan perintah kawalan pergerakan 3.0 oleh kerajaan.
Permohonan masih dibuka sehingga 30 Jun 2021.
5. Bantuan Tuala Wanita Percuma Untuk Mereka Yang Memerlukan Tersedia Di Kedai MAIWP & YADIMart
Tuala wanita ini disediakan agar wanita yang kekurangan sumber kewangan kerana mendahulukan keperluan yang lain dapat menjaga kesihatan dalaman mereka ketika memerlukan.
Sila dapatkan di:
- Kedai MAIWP (Gerobok Rezeki)
- YADIMart ( Bank Makanan)
Bantuan ini juga dibuka permohonannya kepada semula golongan OKU pelbagai bangsa yang beragama Islam dan bukan Islam yang terjejas pendapatannya di Wilayah Persekutuan berikutan Sekatan Pergerakan Penuh (PKP 3.0).
Permohonan masih dibuka sehingga 30 Jun 2021.
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.