Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Sebelum Melancong, Check Dulu Nama Blacklist Atau Tidak Disini

1,615

Dah check belum pasport antarabangsa anda semua?

Kalau boleh, check dahulu tarikh tamat tempoh dan dah boleh renew secara online melalui MyOnline Pasport seterusnya collect di kaunter mana-mana Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) yang terdekat.

Bila dah check tarikh tamat tempoh pasport antarabangsa, anda perlu membuat semakan blaclist terlebih dahulu. Risau pula tiket dah beli tetapi tak boleh melancong.

PATUHI SOP & LANGKAH PENCEGAHAN TRIIS

Jika anda ada melakukan kegiatan pelancongan walau dimana sahaja, disyorkan kepada anda semua untuk terus mematuhi semua SOP dan  langkah pencegahan TRIIS yang dikeluarkan oleh Majlins Keselamatan Negara (MKN) serta Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Bagi yang tidak tahu apa itu TRIIS, sila rujuk gambar dibawah:

Sebelum Melancong, Check Dulu Nama Blacklist Atau Tidak Disini

Untuk info seterusnya, sila rujuk: Dah Boleh Melancong Kan? Amalkan TRIIS Ketika Melancong Nanti Ya!

SEMAK STATUS PERJALANAN IMIGRESEN

Kalau anda semua nak buat semakan status perjalanan melalui portal rasmi Imigresen, ianya lebih mudah.

Tapi pastikan check dahulu sama ada boleh atau tidak atau diblakclist untuk melakukan perjalanan ke luar negara.

Macam mana nak check tu?

Klik pautan ini:

Sebelum Melancong, Check Dulu Nama Blacklist Atau Tidak Disini

  • Jika status TIADA HALANGAN, anda boleh membuat perjalanan untuk ke luar negara. Jika sebaliknya, sila buat semakan dengan PTPTN dan yang berkaitan.

Nota:

 

  1. Sebelum ini PTPTN bertindak menyenaraihitamkan penerima PTPTN yang culas membuat pembayaran daripada ke luar negara dan bekerjasama dengan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).
  2. Antara tindakan yang dikenakan terhadap peminjam ialah mereka dikehendaki membayar keseluruhan hutang pinjaman atau keseluruhan tunggakan termasuk semua kos yang dikenakan sebelum nama mereka dikeluarkan daripada senarai hitam.
  3. Sekiranya tidak mampu, peminjam dinasihatkan agar berunding dengan PTPTN bagi membuat bayaran mengikut jumlah yang dipersetujui oleh PTPTN atau penstrukturan semula pinjaman atau kaedah lain yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

Apa pun yang berlaku, semak dahulu status perjalanan anda, check tarikh tamat tempoh pasport dan lakukan perjalanan anda dengan mengamalkan TRIIS agar kita semua selamat ketika melancong.

Semoga perkongsian ini beri manfaat buat anda semua. Jangan lupa share!

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...