Semak Cara & Niat Solat Sunat Hari Raya Haji (Aidiladha) Secara Sendirian Atau Berjemaah Dari Jakim
Umat Islam di negara ini akan menyambut Aidiladha pada 20 Julai 2021 ini, menurut Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja Mohd Aseral Jusman.
Namun, bagi sesetangah negeri aktiviti ziarah kubur dan laungan takbir dari rumah ke rumah tidak dibenarkan sepanjang Hari Raya Haji kali ini. Malah,ada negeri yang terus membatalkan atau menangguhkan ibadah korban iaitu penyembelihan berikutan bimbang dengan keadaan Covid-19 yang semakin meruncing ketika ini
Bagi anda yang ingin solat sunat hari raya Aidiladha pula membuat semakan cara dan niat solat Aidiladha disini.
Baca juga: Terkesan Sepanjang Pandemik Covid-19? Cuba Mohon Bakul Prihatin Negara Disini
HUKUM SOLAT SUNAT AIDILADHA
Isi Kandungan
Menurut perkongsian dari Mufti Wilayah Persekutuan, solat sunat Aidiladha merupakan amalan sunat muakkad yang sangat dituntut untuk disempurnakan.
Rasulullah S.A.W juga tidak pernah melepaskan untuk menunaikan solat sunat Hari Raya sejak ia mula disyariatkan hingga akhir hayatnya.
CARA SOLAT SUNAT HARI RAYA AIDILADHA
Panduan solat sunat hari raya Aidiladha seperti yang dikongsikan JAKIM adalah seperti berikut:
Rakaat Pertama
1. Lafaz Niat
a) Lafaz niat solat sunat Aidiladha (untuk Imam)
اُصَلِّىْ سُنَّةً عِيْدِ اْلاَضْحَى رَكْعَتَيْنِ إِمَامًا لِلَّهِ تَعَالَى
Maksud : Sahaja aku solat sunat Aidiladha dua rakaat sebagai Imam kerana Allah Taala.
b) Lafaz niat solat sunat aidiladha (untuk Makmum)
اُصَلِّىْ سُنَّةً عِيْدِ اْلاَضْحَى رَكْعَتَيْنِ مَأْمُوْمًا لِلَّهِ تَعَالَى
Maksud : Sahaja aku solat sunat Aidiladha dua rakaat sebagai makmum kerana Allah Taala.
c) Lafaz niat solat sunat Aidiladha (bersendirian)
اُصَلِّىْ سُنَّةً عِيْدِ اْلاَضْحَى رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى
Maksud : Sahaja aku solat sunat Aidiladha dua rakaat kerana Allah Taala.
2. Bertakbir
Setelah lafaz niat, lakukan “takbiratul Ihram” dengan menyebut “ Allahu Akbar”. Sertakan niat di dalam hati.
3. Membaca Doa Iftitah
Kemudian, sunat untuk diteruskan dengan membaca doa iftitah.
4. Takbir 7 kali & Bertasbih
Kemudian, lafazkan takbir sebanyak tujuh kali. Bagi yang bersolat jemaah, biarkan imam mulakan takbir pertama kemudian diikuti oleh makmum.
Takbir tersebut perlulah diselang-selikan dengan bacaan tasbih dengan nada perlahan. (Takbir tujuh kali, tasbih enam kali)
Bacakan tasbih :
سُبْحَانَ اللهِ، وَالحَمْدُ ِللهِ، وَلا إِلَهَ إِلاَّ اللهُ، وَاللهُ أَكْبَرُ
Maksud: Maha suci Allah, segala pujian tertentu bagi Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Allah, dan Allah Maha Besar.
5. Teruskan Solat Sehingga Selesai Rakaat Pertama
Sampai ke takbir ketujuh, teruskan solat seperti biasa dimulai dengan bacaan Al-fatihah dan surah lazim. Lakukan rukuk dan sujud seperti biasa sehingga rakaat pertama selesai.
Rakaat Kedua
1. Takbir Pertama
Mulakan dengan lafaz takbir “intiqalat” iaitu takbir bagi permulaan rakaat kedua.
2. Takbir 5 Kali & Bacaan
Kemudian, lafazkan takbir sebanyak 5 kali.
Seperti dalam rakaat pertama, takbir tersebut perlulah diselang-selikan dengan bacaan tasbih dengan nada perlahan. (Takbir 5 kali, tasbih 4 kali)
Bacakan tasbih :
سُبْحَانَ اللهِ، وَالحَمْدُ ِللهِ، وَلا إِلَهَ إِلاَّ اللهُ، وَاللهُ أَكْبَرُ
Maksud: Maha suci Allah, segala pujian tertentu bagi Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Allah, dan Allah Maha Besar.
3. Teruskan Solat Sehingga Selesai Rakaat Kedua
Setelah selesai takbir, teruskan solat sunat dengan bacaan Al-Fatihah & surah-surah lazim sehingga lengkap rakaat kedua.
Setelah tamat rakaat kedua, maka sempurnalah solat sunat Aidiladha.
AMALAN SUNAT DI PAGI HARI RAYA AIDILADHA
- Mandi sunat Aidiladha pada pagi harinya.
- Memakai pakaian baru dan bersih sebagai tanda syukur kepada Allah.
- Memakai haruman dan wangian yang menyenangkan.
- Memohon keampunan dan bermaaf-maafan sesama ahli keluarga.
- Sunat menjamah makan-minum selepas pulang dari masjid.
- Menggunakan jalan berbeza sewaktu pergi dan pulang dari masjid.Lebih afdal dengan berjalan kaki jika masjid tidak terlalu jauh.
- Bertakbir, tahmid dan tahlil bermula dari malam 10 Zulhijjah hingga terbenam matahari pada 13 Zulhijjah (Takbir Muqayyad).
- Bersolat sunat hari raya dan mendengar khutbah penuh penghayatan.
- Ziarah menziarahi kaum keluarga, jiran tetangga, dan sahabat handai.
- Bersedekah kepada mereka yang memerlukan.
- Elakkan menyambut hari raya dengan perkara yang ditegah syarak.
SOP PELAKSANAAN KORBAN DI WILAYAH PERSEKUTUAN
Baca juga: Rayuan, Gagal Kredit GKP 3.0 & GKP PEMERKASA+ Boleh Dibuat Secara Online Di Portal Rasmi GKP Hasil
SOP IBADAH KORBAN 2021
SOP ibadah korban bagi tahun 2021 sila rujuk SOP yang ditetapkan oleh MKN seperti berikut:
http://covid-19.moh.gov.my/faqsop/sop-perintah-kawalan-pergerakan-pkp/JAKIM-PKP-SOP-Sektor-Sosial-Ibadah-Korban-Kemaskini-23-Jun-2021.pdf
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.