Pengambilan Calon Guru Lepasan Ijazah. Ini Cara Mohon Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) Online
Kementerian Pendidikan Malaysia telah membuka pengambilan calon Guru Lepasan Ijazah bagi Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) untuk ambilan Oktober 2021.
Permohonan telah dibuka mulai 12 Julai 2021 hingga 18 Julai 2021 dan anda yang berminat boleh membuat permohonan dengan segera.
Semak syarat permohonan Pengambilan Calon Guru Lepasan Ijazah secara online disini.
TARIKH PERMOHONAN PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN (PDPP)
Isi Kandungan
Tarikh permohonan Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) untuk ambilan Oktober 2021 ialah:
- 12 Julai 2021 hingga 18 Julai 2021
BIDANG PENGKHUSUSAN
Bidang pengkhususan yang ditawarkan adalah seperti berikut:
- Bahasa Jepun
- Bahasa Jerman
- Bahasa Korea
SYARAT KELAYAKAN ASAS PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN (PDPP)
Syarat kelayakan asas adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia
- Sihat tubuh badan
- Aktif dalam kegiatan kokurikulum
- Umur tidak melebihi 35 tahun pada 30 September 2021 iaitu lahir pada atau selepas 30 September 1986.
SYARAT KELAYAKAN AKADEMIK
Syarat kelayakan akademik yang ditetapkan ialah:
- Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Awam (UA) atau Institusi Luar Negara dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia (mempunyai surat pengiktirafan daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)) Kementerian Pendidikan Malaysia yang boleh dimuat turun daripada laman web yang dikongsikan disini.
- http://www2.mqa.gov.my/mqr/ dan http://www2.mqa.gov.my/esisraf/
- Mendapat Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK)/ Cumulative Grade Point Average (CGPA) 2.50 ke atas.
- Memiliki kepujian dalam mata pelajaran bahasa Melayu, di peringkat SPM/SPM (V).
- Memenuhi syarat bidang pengkhususan.
SYARAT KELAYAKAN MENGIKUT BIDANG PENGKHUSUSAN
Syarat kelayakan mengikut bidang pengkhususan adalah seperti berikut:
Bahasa Jepun
- Memiliki tahap kecekapan minima Bahasa Jepun (N2) dalam Japanese Language Proficiency Test (JLPT).
- Keutamaan kepada pelajar yang bergraduasi dalam sebarang bidang dari universiti di negara Jepun / UA yang diiktiraf oleh Malaysian Qualification Agency (MQA).
Bahasa Jerman
- Memiliki tahap kecekapan minimum bahasa Jerman B2 atau TDN 3 dalam Test Deutsch als Fremdsprache (TestDaF).
- Keutamaan kepada pelajar yang bergraduasi dalam sebarang bidang dari universiti di negara Jerman / UA yang diiktiraf oleh Malaysian Qualification Agency (MQA).
Bahasa Korea
- Memiliki tahap kecekapan bahasa Korea dalam Test of Proficiency in Korean (TOPIK 3).
- Keutamaan kepada pelajar yang bergraduasi dalam sebarang bidang dari universiti di negara Korea / UA yang diiktiraf oleh Malaysian Qualification Agency (MQA).
CARA MOHON
Permohonan adalah secara online di:
PROSES KERJA & TARIKH PENTING PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN (PDPP)
Proses kerja dan tarikh penting Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) adalah seperti berikut:
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Sebarang pertanyaan mengenai Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) ialah:
- PUSAT HAL EHWAL PELAJAR (PHEP)
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA, KPM
Aras 2, Blok 2250
Jalan Usahawan 1
63000 CYBERJAYA - Telefon: 03-8312 6666/ 03-8312 6720/ 6730/ 6768/ 6627/ 6758/ 6693/ 6733
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.