Elaun Sukarelawan Kesihatan PPV & PKRC Dinaikkan RM100 Sehari. 19,000 Sukarelawan Terima Manfaat
Sebanyak RM100 elaun akan diberikan kepada sukarelawan PPV dan PKRC berbanding RM50 sehari sebelum ini.
Perkara ini telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berikutan kesemua Pusat Pemberian Vaksin 9PPV) di seluruh negara akan beroperasi selama 7 hari berbanding 5 hari sebelum ini.
Kenaikan elaun dari RM50 kepada RM100 sehari akan dimanfaatkan oleh kira-kira 19,000 sukarelawan kesihatan yang bertugas di PPV dan PKRC.
PPV & PKRC OPERASI 7 HARI SEMINGGU
Isi Kandungan
Sebelum ini semua PPV dan PKRC beroperasi hanya 5 hari seminggu dan akan bertambah hari operasi menjadi 7 hari seminggu dengan masa operasi dilanjutkan.
Ia bertujuan untuk mempercepatkan proses vaksinasi diseluruh negara sekaligus memenuhi aspirasi Pelan Pemulihan Negara.
PENGIKTIRAFAN KEPADA SUKARELAWAN
Tambahan elaun ini juga merupakan pengiktirafan kepada jasa dan sumbangan mereka yang bertungkus-lumus berusaha memastikan rakyat Malaysia dapat menerima suntikan vaksin dengan teratur, cepat dan selamat.
Ini membuktikan keseriusan kerajaan dalam meningkatkan kadar vaksinasi di seluruh negara yang terus menerus menunjukkan peningkatan memberangsangkan dari hari ke hari.
Lebih ramai rakyat Malaysia yang divaksinasi, lebih ramai yang dilindungi daripada jangkitan Covid-19, apatah lagi pada Julai dan Ogos ini bekalan vaksin dijadualkan diterima kita sekitar 16 juta dos seperti diumumkan sebelum ini.
Maka, aspirasi kita untuk menaikkan jumlah penerima vaksin daripada hampir 250,000 sehari kepada 400,000 sehari berdasarkan penyampaian vaksin yang kita sudah tempah mungkin boleh dicapai.
SENARAI SUKARELAWAN VAKSIN COVID-19
Berikut adalah senarai sukarelawan Vaksin Covid-19 adalah seperti berikut:
Anda boleh klik terus pada senarai sukarelawan untuk dapatkan info selanjutnya mengenai cara memohon untuk menjadi sukarelawan vaksin Covid-19.
Selamat berkhidmat ya semua dan terima kasih atas jasa anda!
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.