Umat Islam sememangnya bercita-cita untuk sampai ke Tanah Suci Mekah untuk melakukan ibadat haji mahupun umrah.
Malahan, ia juga merupakan salah satu perkara yang terdapat dalam rukun Islam iaitu menunaikan Haji bagi mereka yang berkemampuan. Oleh sebab itu, sangat-sangat digalakkan untuk kita semua membuat simpanan agar dapat melengkapkan rukun Islam apabila sudah mampu.
Oleh itu, anda boleh gunakan teknik ini iaitu membuat pindahan wang ke Tabung Haji setiap bulan tanpa caj seperti yang dikongsikan ini.
5 PERKARA RUKUN ISLAM
Isi Kandungan
Kita buat sedikit ulangkaji mengenai Rukun Islam ya!
Ada 5 perkara yang terdapat dalam Rukun Islam yang wajib kita semua tahu. Apakah 5 perkara tersebut?
- Mengucap 2 kalimah syahadah.
- Solat 5 waktu.
- Puasa di bulan Ramadan.
- Mengeluarkan zakat.
- Mengerjakan haji (bagi yang berkemampuan)
CARA TRANSFER DUIT KE TABUNG HAJI TANPA CAJ/FREE
Untuk transfer duit ke Tabung Haji tanpa caj atau secara percuma, anda hanya perlu ikuti sahaja langkah-langkah yang dikongsikan ini.
- Log masuk ke perbankan internet pilihan
- Pilih JomPAY
- Isi maklumat transaksi yang diperlukan dan sahkan transaksi
a) Biller Code – 60228
b) Biller Code Name – Tabung Haji-Deposit
c) Ref-1 – Nombor Akaun TH (15 digit)
d) Ref-2 – jika ada
e) Amaun (RM) - Seterusnya anda ikuti setiap arahan sehingga pindahan wang selesai.
2. Pilih JOMPAY
3. Masukkan Biller Code dan Nombor Akaun Tabung Haji
4.Masukkan Amaun
5. Klik Proceed
6. Klik I AGREE & PAY
7. Klik APPROVE
Dah siap!
Pendeposit diminta untuk memeriksa status akaun TH mereka dengan menghubungi THCC di talian +603-6207 1919 atau menggunakan app THiJARI.
Rujuk: THiJARI : Tabung Haji Online. Dapatkan Cara Daftar & Semak Baki Disini
Kalau ada yang nak beli kelengkapan haji dan umrah pula, bolehlah tengok-tengok disini. Harganya pula sangat-sangat berpatutan tau!
Klik je sini ya!: https://shp.ee/b9wre9z
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.