Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Kemas Kini Semula Maklumat Akaun Bank Pemohon GKP 1.0 Bagi Pembayaran Berstatus Gagal Kredit

1,657

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) telah mengeluarkan satu kenyataan media dimana para pemohon GKP 1.0 yang lalu dengan status lulus dan status pembayaran adalah gagal kredit untuk mengemas kini semula maklumat akaun bank.

Bagaimanakah caranya untuk membuat kemas kini maklumat akaun bank untuk permohonan GKP 1.0 ini?

CARA MENGEMAS KINI MAKLUMAT AKAUN BANK GKP 1.0

Untuk mengemas kini maklumat akaun bank bagi pemohon GKP 1.0 yang lulus tetapi status pembayarannya gagal, anda perlu :

  • Kemaskini maklumat akaun bank di menu kemas kini akaun bank pada portal GKP iaitu :

KEMASKINI AKAUN BANK GKP 1.0

  • Pastikan akaun bank yang dikemaskini adalah aktif dan menggunakan nombor akaun simpanan peribadi pemohon atau nombor akaun semasa peribadi pemohon dan bukan akaun bank semasa syarikat.

TARIKH KEMAS KINI MAKLUMAT AKAUN BANK

Para pemohon boleh mula mengemas kini akaun bank bermula pada :

  • 1 November 2020 sehingga 14 November 2020.
Nota : Makluman mengenai tarikh pembayaran semula ke akaun bank yang telah dikemas kini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Jika anda inginkan maklumat lebih lanjut mengenai GKP 1.0 atau pertanyaan yang berkaitan, sila hubungi LHDN di :

Kemas Kini Semula Maklumat Akaun Bank Pemohon GKP 1.0 Bagi Pembayaran Berstatus Gagal Kredit

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...