Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Cara Mengemukakan Permohonan Jawatan Pembantu Pemeriksa Kilang Dan Jentera J19 Dengan Sijil SPM/SVM/SPMV Dan Sijil Setaraf

0 954

Terdapat banyak kementerian serta jabatan kerajaan yang meletakkan permohonan jawatan di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Salah satu daripada kementerian tersebut adalah Kementerian Sumber Manusia.

Salah satu jawatan yang ditawarkan oleh Kementerian Sumber Manusia melalui SPA adalah Pembantu Pemeriksa Kilang Dan Jentera Gred J19. Pembantu Pemeriksa Kilang Dan Jentera J19 menggalas tanggungjawab penting dalam manjalankan pemeriksaan ke atas kilang serta jentera yang digunakan di tempat kerja.

Buat anda semua yang sedang mencari kerja dan memiliki sijil SPM atau sijil-sijil lain yang setaraf serta meminati kerjaya ini, anda bolehlah mengemukakan permohonan. Permohonan boleh dilakukan secara online di laman web rasmi SPA bahagian permohonan.

Anda boleh mengemukakan permohonan pada bila-bila masa dan tempoh sah laku permohonan anda adalah selama satu tahun. Anda perlu mengemukakan permohonan baru apabila tempoh permohonan anda melebihi satu tahun. Ambilan bagi jawatan ini juga dibuka sepanjang tahun. Tiada tarikh tetap untuk ambilan ini. Ambilan hanya akan dijalankan jika ada kekosongan dalam jawatan ini di Kementerian Sumber Manusia.

Untuk pengetahuan anda, ambilan bagi tahun ini masih belum dibuka. Ambilan akan dibuka nanti setelah terdapat kekosongan dalam jawatan ini.

Ingin memohon jawatan ini? Baca artikel ini untuk mendapat panduan tentang cara-cara mengemukakan permohonan jawatan Pembantu Pemeriksa Kilang Dan Jentera J19, syarat-syarat yang telah ditetapkan untuk memohon jawatan ini serta bidang tugas Pembantu Pemeriksa Kilang Dan Jentera J19.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN MEMOHON JAWATAN PEMBANTU PEMERIKSA KILANG DAN JENTERA J19

Sila teliti semua syarat-syarat kelayakan permohonan jawatan Pembantu Pemeriksa Kilang Dan Jentera J19 yang telah ditetapkan. Sila pastikan juga anda memenuhi semua syarat-syarat kelayakan ini sebelum anda memohon.

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred J19:RM1,377.00); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred J19: RM1,435.12); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred J19: RM1,493.24).
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

BIDANG TUGAS PEMBANTU PEMERIKSA KILANG DAN JENTERA J19

Anda perlu tahu tugas-tugas yang dipikul oleh Pembantu Pemeriksa Kilang Dan Jentera J19 jika anda ingin memohon jawatan ini. Berikut merupakan bidang tugas yang telah ditetapkan.

  • Bertanggungjawab membantu pemeriksaan ke atas kilang-kilang dan jentera yang digunakan di tempat kerja, memeriksa tapak-tapak kilang baru, membuat pemeriksaan permulaan di tapak bangunan dan kerja kejuruteraan dan menjalankan penyiasatan dan laporan ke atas aduan dan kemalangan di tempat kerja.

PEPERIKSAAN DAN TEMUDUGA

Apabila permohonan anda berjaya, anda akan menduduki peperiksaan pula. Peperiksaan ini perlu anda ambil secara online. Dalam peperiksaan ini, anda akan diuji dan dinilai dalam beberapa aspek seperti pengetahuan am, pengetahuan tentang jawatan Pembantu Pemeriksa Kilang Dan Jentera J19, daya penyelesaian masalah dan juga bidang tugas Pembantu Pemeriksa Kilang dan Jentera J19.

Jika anda lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan pula, anda akan dipanggil untuk temuduga. Dalam temuduga ini, penilaian akan dilakukan terhadap kebolehan berkomunikasi anda dan keyakinan diri anda.

CARA MENGEMUKAKAN PERMOHONAN JAWATAN PEMBANTU PEMERIKSA KILANG DAN JENTERA J19

Untuk mengemukakan permohonan bagi jawatan ini, anda perlu layari laman web rasmi SPA bahagian permohonan (SPA8i) dan isi permohonan anda di situ. Sila klik SPA8i yang disediakan di bawah.

MAKLUMAT LANJUT TENTANG PERMOHONAN JAWATAN PEMBANTU PEMERIKSA KILANG DAN JENTERA J19

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang permohonan jawatan Pembantu Pemeriksa Kilang Dan Jentera J19, anda boleh layari laman web rasmi SPA. Sila klik link berikut.

Mohonlah segera jika anda berminat kerana jika ada ambilan dibuka, anda akan berpeluang untuk berjaya diterima. Kami mendoakan permohonan anda berjaya!

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...