Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

SPUR PUNB: Skim Pembiayaan Usahawan Terkesan Covid-19 Sehingga RM100 Ribu

1,481

Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) memperkenalkan Skim Pembiayaan Usahawan Terkesan Covid-19 (SPUR) untuk membantu individu Bumiputera menceburi bidang perniagaan akibat kehilangan pekerjaan ekoran penularan pandemik Covid-19.

Permohonan SPUR boleh dibuat secara dalam talian menerusi pautan yang akan dikongsikan sebentar nanti melalui perkongsian ini.

Dapatkan cara membuat permohonan serta info yang berkaitan Skim Pembiayaan Usahawan Terkesan Covid-19 (SPUR) disini.

Baca juga: Cara Mohon Syarikat Beroperasi Sepanjang PKP Melalui CIMS MITI

INFO RINGKAS SKIM PEMBIAYAAN USAHAWAN TERKESAN COVID-19 (SPUR)

Skim Pembiayaan Usahawan Terkesan Covid-19 (SPUR) diperkenalkan oleh Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) untuk mereka yang ingin memulakan perniagaan ketika pandemik Covid-19.

Objektif Skim Pembiayaan Usahawan Terkesan Covid-19 (SPUR) adalah:

  • Meningkatkan penglibatan Bumiputera dalam bidang keusahawanan.
  • Menyediakan kemudahan dari aspek kewangan dan pembangunan keusahawanan.
  • Memastikan usahawan dan perniagaan Bumiputera kekal berdaya saing dan berdaya tahan.
  • Mempergiat aktiviti perniagaan dan meningkatkan ekonomi.

JUMLAH PEMBIAYAAN

Jumlah pembiayaan yang diperuntukkan adalah sebanyak:

  • RM50,000 hingga RM100,000

Setiap pembiayaan adalah:

  • Sehingga 5.5 tahun (termasuk 6 bulan moratorium)

Kadar keuntungan bagi setiap pembiayaan pula adalah seperti berikut:

  • 3.5% setahun berdasarkan kadar baki bulanan

SYARAT KELAYAKAN SKIM PEMBIAYAAN USAHAWAN TERKESAN COVID-19 (SPUR)

Syarat kelayakan bagi permohonan Skim Pembiayaan Usahawan Terkesan Covid-19 (SPUR) adalah:

  • Individu Bumiputera yang telah hilang pekerjaan akibat penyusutan ekonomi ekoran penularan wabak COVID-19.
  • Berumur antara 18 hingga 55 tahun ketika memohon.
  • Ingin memulakan perniagaan atau telah beroperasi (pendaftaran selepas Mac 2020).
  • Menjalankan perniagaan sepenuh masa.
  • Dimiliki dan diterajui sekurang-kurangnya 70% oleh Bumiputera.
  • Entiti milikan tunggal/perkongsian/Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT)/Sendirian Berhad.
  • Perniagaan dari rumah atau beroperasi dari premis perniagaan.
  • Perniagaan dalam bidang peruncitan/pemborongan/pembuatan & kejuruteraan.
  • Patuh Syariah.

KEISTIMEWAAN PEMBIAYAAN

Latihan dan Pembangunan Usahawan

  • Kursus dan latihan disediakan untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan usahawan dalam bidang pengurusan kewangan, pemasaran, tadbir urus korporat dan pengurusan am.

Sewaan Hartanah PUNB

  • Usahawan berpeluang untuk menjalankan perniagaan mereka (jika ada) dengan kadar sewaan yang kompetitif.

Ibra’ Pembiayaan

  • Ibra’ (rebat) sehingga 50% daripada jumlah pembiayaan akan diberikan kepada pembayar pembiayaan yang baik (tertakluk kepada terma & syarat).

CARA MOHON SKIM PEMBIAYAAN USAHAWAN TERKESAN COVID-19 (SPUR)

Berikut adalah cara untuk membuat permohonan Skim Pembiayaan Usahawan Terkesan Covid-19 (SPUR):

  • Permohonan di buka selama tempoh 1 bulan secara atas talian di portal rasmi PUNB.
  • Pemohon perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum membuat permohonan pembiayaan di pautan: www.punbbiz.com.my

SPUR PUNB: Skim Pembiayaan Usahawan Terkesan Covid-19 Sehingga RM100 Ribu

  • Setelah mendaftar, pemohon perlu memuat naik dokumen dan pautan video perniagaan yang diperlukan untuk proses penilaian.
  • Sila pastikan pemohon menghantar dokumen yang lengkap mengikut kategori pilihan pembiayaan.
  • Proses penilaian dan penyemakan dokumen permohonan akan di nilai oleh jawatankuasa penilaian PUNB.
  • Pemohon yang berjaya akan dihubungi untuk membuat pembentangan Rancangan Perniagaan dan video perniagaan bagi sesi penilaian oleh juri penilai.
  • PUNB akan menghubungi pemohon melalui panggilan telefon, emel atau SMS bagi memaklumkan status kelulusan permohonan untuk proses seterusnya tandatangan dan serahan surat tawaran pembiayaan.
Nota: Setelah kesemua dokumen dan syarat pengeluaran dana dipenuhi dan mendapat kelulusan bagi pengeluaran dana, PUNB akan menyalurkan pembiayaan kepada usahawan yang layak bagi tujuan yang telah dipersetujui.

DOKUMEN SOKONGAN

Sertakan bersama dokumen berikut untuk melengkapkan permohonan anda:

Perniagaan Yang Telah Beroperasi

  • Surat/bukti pemberhentian kerja.
  • Rancangan Perniagaan (pemohon perlu mengisi maklumat diperlukan semasa permohonan).
  • Salinan kad pengenalan (pemohon, rakan kongsi, pengarah syarikat, pemegang saham).
  • Gambar berukuran pasport (pemohon, rakan kongsi, pengarah syarikat, pemegang saham).
  • Penyata akaun bank bagi tempoh 3 bulan dari tarikh terkini (penyata akaun bank individu/akaun gaji ketika membuat permohonan).
  • Penyata Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) terkini.
  • Penyata akaun transaksi perniagaan atau rekod jualan perniagaan bagi tempoh 3 bulan.
  • Lesen perniagaan dari majlis/lesen khas/perjanjian sewa premis perniagaan dan lesen lain yang berkaitan.

Pendaftaran syarikat:

  • Pendaftaran Enterpris – Borang D (Milikan Tunggal/Perkongsian/Perkongsian Liabiliti Terhad (LLP)
  • Sendirian Berhad – Borang 9,24,44,49,32A,M&A atau seksyen 17,78,46(3),58 (Sdn Bhd), 105, perlembagaan atau yang setara

Baru memulakan perniagaan dengan konsep/idea yang menarik.

  • Salinan kad pengenalan (pemohon, rakan kongsi, pengarah syarikat, pemegang saham).
  • Surat / bukti pemberhentian kerja.
  • Penyata Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) terkini.
  • Penyata akaun individu / akaun gaji bagi tempoh 3 bulan dari tarikh terkini.

Video syarikat dan perniagaan : (Sila muat naik pautan)

Spesifikasi video adalah seperti berikut:

  • Video dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris
  • Sumber pautan dari YouTube
  • Durasi maksimum video selama 3 minit
  • Pengenalan latar belakang perniagaan dan syarikat
  • Penerangan tentang produk atau perkhidmatan ditawarkan
  • Keistimewaan produk atau perkhidmatan
  • Video haruslah kreatif dan menarik

​MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan PUNB di talian berikut:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...