Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Cuba 4 Tips Ni Kalau Dah Lama Sangat Tak Dapat Kerja. Confirm Dapat Kerja!

1,538

Sampai sekarang belum juga dipanggil untuk bekerja kerana selalu gagal ketika buat permohonan sedangkan kawan-kawan yang lain dah mula bekerja dah.

Jangan risau, ini bukan kerana nasib anda tidak bagus, tetapi ada memerlukan sedikit tips yang boleh anda amalkan untuk mendapat pekerjaan yang anda mohon.

Apakah 4 tips yang boleh diamalkan untuk mendapatkan pekerjaan selepas ini?

LAMAN WEB MOHON KERJA KERAJAAN/SWASTA

Rakyat Malaysia tanpa mengira kelulusan pendidikan apa pun boleh membuat permohonan untuk mendapatkan pekerjaan dengan pelbagai cara.

Ada yang ingin bekerja dalam perkhidmatan awam atau kerajaan, dalam bidang pendidikan dan juga dengan syarikat-syarikat swasta.

Apakah laman web untuk memohon pekerjaan dengan kerajaan, pendidikan dan dengan pihak swasta?

Semak laman web mohon kerja dengan kerajaan, pendidikan dan swasta disini:

  1. SPA9 (Pekerjaan dalam perkhidmatan awam/kerajaan)
  2. MySPP (Pekerjaan dalam bidang pendidikan)
  3. MyFutureJobs (Pekerjaan dalam bidang swasta)

4 TIPS DAPATKAN KERJA

“Boleh dapatkan 4 tips untuk dapatkan kerja setelah sekian lama membuat permohonan?”

4 tips untuk dapatkan kerja setelah lama anda membuat permohonan adalah:

1. TAMBAH USAHA

  • Kalau sebelum ini membuat permohonan di satu atau dua kerja sahaja, tambahkan usaha anda untuk membuat permohonan di lebih banyak syarikat yang ada.
  • Malah, anda boleh membuat permohonan dipelbagai laman web serta aplikasi yang ada.
  • Jangan mudah berpuashati, buat permohonan kerja sebanyak 5 hingga 10 syarikat selagi ianya belum tercapai.

2. DISIPLIN

  • Tingkatkan disiplin anda dengan membuat permohonan setiap hari tanpa gagal.
  • Jangan malas untuk membuat permohonan setiap hari selagi anda belum dipanggil untuk bekerja.

3. CHECK RESUME

  • Pastinya anda membuat resume untuk memohon pekerjaan tetapi tetap tidak dipanggil untuk ditemuduga..
  • Check semula resume anda kerana kemungkinan besar terdapat beberapa kesilapan ketika menyediakan resume.
  • Semak resume dari segi kesalahan isi kandungan resume, kesesuaian resume dengan jawatan yang dipohon dan pengalaman kerja anda.

4. RESUME & JAWATAN

  • Sediakan resume mengikut jawatan yang anda pohon dan jangan sesekali gunakan satu resume untuk memohon jawatan yang lain-lain.
  • Masukkan skill yang terkini agar resume anda nampak lebih update.

Tunggu apa lagi? Lakukan 4 tips ini agar anda mendapat pekerjaan setelah lama anda tidak dipanggil temuduga.

Semoga anda mendapat pekerjaan dalam masa yang terdekat ya!

Jangan lupa share ya!

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...